Pemain Manchester City, Bernardo Silva, menyindir corak permainan Arsenal yang menjadi faktor pasukan itu masih belum merangkul trofi juara Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara (UCL), sehingga hari ini.

Ini susulan dia terpaksa berpuas hati hanya melakar keputusan seri 2-2 di ketika turun dengan misi meraih tiga mata penuh di Stadium Etihad, Ahad lalu.

Bitang Portugal itu turut menjelaskan perbezaan mentaliti ketika memacu pasukannya berdepan cabaran antara Arsenal dan Liverpool sebelum ini.

"Mungkin kerana Liverpool sudah merangkul trofi EPL dan sebaliknya pula buat Arsenal. Liverpool sebelum ini turut pernah memenangi trofi Liga Juara-Juara (UCL) dan Arsenal masih belum.

"Liverpool sentiasa memberikan saingan kepada kami untuk menang perlawanan. Dari sudut itu, perlawanan kami menentang Arsenal tidak seperti aksi ketika kami berdepan Liverpool dahulu, dan kini juga.

Ketika ditanya pertembungan berdepan Asenal itu bersifat epik dia menjawab: "Lebih kurang tetapi hanya satu pasukan yang turun ke padang untuk bermain bola sepak.

"Yang lainnya datang untuk beraksi pada batas tertentu sahaja tetapi pada akhirnya kami hanya melakar keputusan seri. Kami mahukan tiga mata." katanya.