Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, melihat rakan seperjuangan, Jurgen Klopp, sebagai pencabar dalam kariernya sebagai pengurus pasukan.

The Reds berkunjung ke Stadium Etihad malam ini bagi pertembungan dalam memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

City memasuki perlawanan berkelebihan satu mata ke atas skuad kendalian Klopp, yang dilihat sebagai pencabar gelaran yang realistik, sementara Guardiola tetap menyatakan Arsenal danTottenham turut serta dalam persaingan.


Guardiola terdapat beberapa perseteruan sepanjang kariernya, paling jelas ketika bersaing dengan Jose Mourinho, namun berkata Klopp menjadikan dirinya pengurus yang lebih baik.

Ditanya jika pengendali kelahiran Jerman itu merupakan pencabar terbesarnya, dia berkata, “Ya, setakat ini. Kerana kami telah bersaing bersama terlalu banyak.

“Sememangnya, dia menjadikan saya lebih baik, dia membantu saya untuk menilai semula terhadap banyak perkara dengan masalah yang sentiasa lawan terhadap kami, ia menjadi sebahagian daripada anda untuk tempoh yang sangat panjang.

"Dia bukan sahaja bersaing dengan saya di England, ketika saya bersama Bayern Munich, dia mengendalikan Borussia Dortmund dan Klopp dan pasukannya sentiasa menghadirkan perlawanan yang positif dan menarik."

“Sudah pasti,” kata Guardiola yang melabel Liverpool sebagai pencabar liga.

“Arsenal juga, mereka memiliki pasukan yang berkualiti, dan tidak dilupkan Spurs. Walaupun dua kekalahan sebelum ini, saya dapat berasakan cara mereka bermain cukup berkualiti.

“Chelsea akan mula mendapatkan semua rentak mereka dan hanya beraksi satu perlawanan bagi setiap minggu. Saya berasakan terdapat empat atau lima pencabar. Saya tidak pasti jika Newcastle akan sertai persaingan, mungkin United akan bersam kami namun terdapat banyak perkara boleh berlaku.”