David De Gea terbuka untuk menandatangani kontrak bersama Newcastle United sementara pengurus mereka, Eddie Howe, teruja untuk memberi peluang kepada Martin Dubravka untuk membuktikan kemampuannya, menurut laporan daripada Telegraph.

Dalam kebimbangan the Magpies terhadap pilihan utama, Nick Pope, mungkin terlepas aksi selama berbulan-bulan gara-gara mengalami kecederaan ketika menentang Manchester United, awal pagi kelmarin.

Dalam pada itu, bekas penjaga gol terbaik Man United, De Gea, yang kini masih tercari-cari kelab untuk meneruskan kariernya. Justeru, peluang terbuka luas buat Newcastle United mendapatkan khidmatnya.

Bagaimanapun, situasi akan bergantung sejauh mana peluang Dubravka, manakala masa depan De Gea masih boleh ditentukan oleh keluarganya.

The Telegraph menambah: “Walaupun De Gea pada mulanya keberatan untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL), pemain Sepanyol itu dipercayai terbuka untuk menyertai Newcastle sekiranya peluang seperti itu diberikan kepadanya dan kelab Tyneside itu juga difahamkan telah menyedari akan perkembangan tersebut.

“De Gea telah dikaitkan dengan beberapa kelab di seluruh Eropah dan juga Arab Saudi.

"Sumber menyatakan isterinya Edurne, yang juga mempunyai seorang anak perempuan Yanay, berminat untuk kekal di Sepanyol.”