David de Gea mengakui kekalahan 0-7 Manchester United kepada Liverpool adalah 'detik yang buruk" sambil berjanji mereka akan mengubah keadaan dengan bekerja keras lagi buat kelab itu.
Shaiful Shamsudin
Mon Mar 06 2023
David de Gea mengakui kekalahan 0-7 Manchester United kepada Liverpool adalah 'detik yang buruk" sambil berjanji mereka akan mengubah keadaan dengan bekerja keras lagi buat kelab itu.
Skuad bimbingan Erik ten Hag itu mengalami kekalahan terburuk dalam sejarah kelab ketika skuad tuan rumah yang dikemudi Jurgen Klopp dibiarkan bermaharajalela dalam pertemuan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield, awal pagi tadi.
Hadir hanya seminggu selepas United menamatkan kemarau piala selama enam tahun dengan kejayaan Piala Liga Inggeris (EFL), namun kekecewaan kali ini cukup berbeza bagi menggambarkan kemajuan yang mereka capai musim ini.
De Gea menyedari impak keputusan buruk sebegini apabila tampil menciap mesej terbuka kepada penyokong di Twitter dengan berjanji dia dan rakan sepasukannya akan bangkit.
"Saya tahu mesej sebegini tidak sesuai pada hari seperti ini," ciapnya.
7 - Manchester United's 7-0 defeat at Anfield was the heaviest of Erik ten Hag's managerial career, with today being the 481st match he has taken charge of across all competitions. Rocked. pic.twitter.com/1laEgE2LOL