Perpisahan Antonio Conte dengan Tottenham Hotspur – sebagaimana baru dimuktamadkan lewat semalam -- adalah sesuatu yang hanya menanti masa untuk berlaku dari saat dia menghamburkan amarah dan kecewanya terhadap kelab London itu.
Pengurus berbangsa Itali itu juga tidak dapat bersandar kepada keputusan mahupun prestasi pasukan untuk menjadi perisai daripada sikap dingin pengerusi kelab, Daniel Levy, susulan keputusan seri 3-3 yang mengecewakan di Southampton, 18 Mac lalu.
Ketika itu, krtikan pedas jurulatih berusia 53 tahun itu terhadap pemain-pemainnya serta apa yang ditakrifkannya sebagai “budaya kegagalan 20 tahun di Spurs” dilihat sebagai mencabar kelab itu untuk memecatnya.
Secara tidak langsung juga, ia menampilkan Levy di barisan paling hadapan untuk berdepan kritikan penyokong – dan kemelut itu hanya boleh berakhir dengan satu cara.
Itulah yang berlaku apabila Conte angkat bungkus dari kelab utara London itu dengan “persetujuan bersama” pada lewat Ahad.
Namun, seperti dirumuskan oleh laman bbc.com, di sebalik banyak yang dihamburkan oleh Conte sebelumnya sebagai tidak benar, terutama sikap menyalahkan pemain-pemainnya, ada banyak juga yang didapati benar.
Levy tentu sekali tidak boleh melarikan diridaripada hakikat itu.
Conte mungkin mempertahankan bahawa rujukannya kepada “pemilik kelab” dan kurangnya pencapaian selama 20 tahun sebagai sebahagian serangan ke atas pemain-pemainnya sendiri.
Ia bagaimanapun turut mendedahkan lemahnya kepemimpinan Levy dan mengundang banyak persoalan terhadap masa depan Spurs.
Sebagai langkah sementara, Cristian Stellini mengambil alih untuk menerajui pasukan dengan dibantu oleh Ryan Mason sehingga akhir musim sambil Spurs berusaha menembusi kelompok empat teratas dan kelayakan ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.
Namun, ia tetap berisiko kerana Spurs, di sebalik segala keributan yang melingkari Conte, sekadar kekal di tangga keempat ketika ini kerana sudah bermain dua perlawanan lebih daripada pencabar terdekat, Newcastle United.
Berbalik kepada Levy.
Pengerusi Spurs itu sebelumnya melantik dua pengurus dengan rekod kejayaan – Conte dan Jose Mourinho, yang tidak terkecuali dilingkari masalah tersendiri, dengan Piala Liga sebagai satu-satu trofi kebanggaannya pada 2008.
Mauricio Pochettino pula mungkin tidak memenangi trofi tapi dijulang sebagai idola penyokong kerana corak permainan menyerang yang diterapkannya – yang membawa mereka ke final UCL 2019 apabila tunduk di tangan Liverpool di Madrid.
Andainya ada momen untuk Spurs bertindak, untuk berpadu tenaga menyertai kelompok elit, itu adalah detiknya.
Kesudahannya, ia semakin jelas bahawa Pochettino yang patah hati, berasakan sokongan daripada hierarki kelab tidak kunjung tiba, hanya untuk dia dipecat lima bulan kemudian.
Cerita yang sama berulang-ulang setiap kali ada pengurus yang perlu meninggalkan Spurs, dan puncanya tidak lain ialah Levy.
Pilihan Levy sebelum ini ialah untuk Conte meneruskan tugasnya sehingga kontraknya tamat akhir musim ini, dengan kedua-dua pihak tidak menunjukkan sebarang hasrat untuk melanjutkan pertalian mereka.
Itu, bagaimanapun, tidak lagi berkemungkinan selepas 10 minit yang ‘panas’ itu di St Mary's apabila Conte menghamburkan amarahnya.
Pada penghujungnya, tiada langsung jalan untuk dia melanjutkan kehadirannya bersama Spurs.
Asmawi Bakiri
Mon Mar 27 2023
Napoli sasar kembali ke peringkat Eropah tapi Scudetto juga realistik, kata Conte selepas atasi Milan
Pengurus Napoli, Antonio Conte, menegaskan usaha untuk kembali ke peringkat Eropah akan tetap menjadi sasaran utama Napoli tetapi sukar untuk mereka mengabaikan peluang menjulang Scudetto musim ini, terutama selepas melebarkan pendahuluan di tangga teratas Serie A kepada tujuh mata dengan menewaskan AC Milan awal pagi tadi.
Serie A: Dia layak terima pujian -- Antonio Conte terhadap Romelu Lukaku
Ketua jurulatih Napoli, Antonio Conte, memuji persembahan bekas pemain Manchester United, Romelu Lukaku, selepas menjaringkan gol dan membuat dua bantuan jaringan sekali gus membantu skuadnya meraih kemenangan 4-0 menewaskan Cagliari, awal pagi tadi.
Serie A: Lukaku lengkapkan perpindahan ke Napoli
Romelu Lukaku menamatkan tempoh kedua bersama Chelsea dengan perpindahan menyertai Napoli, perkara itu telah disahkan semalam.
Richarlison kesal dituduh punca Antonio Conte tinggalkan Tottenham
Richarlison menafikan bahawa dia memainkan peranan penting Antonio Conte dipecat Tottenham.
EPL: Son Heung-min rasa bertanggungjawab dengan pemergian Conte
Son Heung-min berasakan prestasi hambarnya di atas padang telah menjadi antara punca pemergian Antonio Conte daripada Tottenham.
Tiada jalan lain buat Conte kecuali angkat kaki
Perpisahan Antonio Conte dengan Tottenham Hotspur – sebagaimana baru dimuktamadkan lewat semalam -- adalah sesuatu yang hanya menanti masa untuk berlaku dari saat dia menghamburkan amarah dan kecewanya terhadap kelab London itu.
Antonio Conte-Tottenham setuju berpisah
Antonio Conte telah mengosongkan jawatan di Tottenham atas persetujuan bersama, seminggu selepas mengkritik kelab dan barisan pemain sambil penolong jurulatih, Cristian Stellini, akan bertindak sebagai pengurus sementara hingga akhir musim ini.
Ibrahimovic: Conte hanya bersikap jujur, dedah realiti sebenar Spurs
Zlatan Ibrahimovic percaya Antonio Conte sedang dibayar oleh Tottenham untuk 'menjadi dirinya sendiri'.
Conte undang pemecatan kepada dirinya sendiri
Gara-gara lidah tajamnya, Antonio Conte kini di ambang pemecatannya selaku pengurus Tottenham Hotspur pada ketika pengerusi kelab, Daniel Levy, seakan-akan tidak dapat dibendung lagi amarahnya.
Conte kecewa pemain Spurs 'pentingkan diri sendiri'
Antonio Conte tidak berselindung apabila dia mengecam pemain Tottenham susulan keputusan seri 3-3 dengan Southampton dalam Liga Perdana Inggeris semalam.
Hurzeler delighted by 'whole package' Wieffer
Preview: Brighton v Brentford
Mudryk to 'disconnect' from Chelsea amid FA investigation
Chelsea's Mudryk to 'disconnect'
Oscar makes return to Brazil with Sao Paulo
Oscar back in Brazil
Maresca believes Fernandez is growing in stature at Chelsea
Enzo delighted with Fernandez
Sensational Sinner heads into 2025 on top of the world
Sinner's stellar 2024 in numbers
South Africa will 'pull together' for ICC Champions Trophy
Walter confident in South Africa
Kerr sees plenty of potential in 'elite' Kuminga
Kerr hails 'elite' Kuminga
Redick: Lakers must avoid turnovers in Christmas clash with Warriors
Redick: Lakers must avoid turnovers
Liverpool need no extra motivation for Leicester game, says Gakpo
Preview: Liverpool v Leicester
'I don't care about Christmas' - Amorim fully focused on getting Boxing Day win
Preview: Wolves v Man Utd