Gara-gara lidah tajamnya, Antonio Conte kini di ambang pemecatannya selaku pengurus Tottenham Hotspur pada ketika pengerusi kelab, Daniel Levy, seakan-akan tidak dapat dibendung lagi amarahnya.
Conte sudah mengambil penerbangan pulang ke Itali sambil Levy dikatakan sedang menimbangkan dengan serius untuk membuat pemecatan susulan mulut lancang pengurus Spurs itu mengkritik keras pemain-pemainnya selepas seri 3-3 di Southampton pada Sabtu lalu.
Pengurus berbangsa Itali itu telah memberi cuti dua hari kepada barisan kejurulatihan dan pemain susulan keputusan amat menghampakan di St Mary’s itu apabila Spurs melepaskan pendahuluan 3-1 untuk dibolosi dua gol lewat bagi keputusan seri 3-3.
Media British melaporkan Conte menggunakan tempoh cuti itu untuk kembali kepada keluarganya di Turin di sebalik ia mungkin waktu paling tidak bertepatan untuk berbuat demikian kerana berisiko hilang jawatannya.
Conte menghamburkan kata-kata nistanya terhadap pemain dalam satu siri temu bual yang mendedahkan dia mempersoalkan keinginan dan sikap mereka.
Pengurus itu kemudian menjelaskan pada malam Sabtu lalu bahawa komen dan kritikannya semata-mata diarahkan kepada pemain-pemain dan bukannya lembaga pengarah kelab itu.
Apa pun alasannya, siri temu bual panasnya itu sekadar meningkatkan kebimbangan dalam kalangan hierarki kelab terhadap ketidakharmonian di antara skuad Spurs dan pengurus mereka itu.
Lantaran itu juga, Levy kini dikatakan sudah bersedia untuk menamatkan kontrak Conte sempena tempoh rehat antarabangsa ketika ini.
Malah, Conte yang memiliki kontrak sehingga musim panas depan, dijangka akan angkat kaki, tidak kiralah bagaimana Spurs berkesudahan dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini yang berbaki 10 perlawanan.
Kelayakan ke Liga Juara-Juara UEFA (UCL) musim depan masih kekal sebagai satu-satunya matlamat ketika ini.
Keengganan menjejaskan peluang mereka mengesahkan tempat dalam kelompok empat teratas, dikatakan menjadi alasan mengapa Levy melengahkan membuat pemecatan pengurusnya itu.
Gambaran itu, bagaimanapun, dikatakan sudah berubah dengan pantas.
Ia didorong oleh kebimbangan lembaga pengarah kelab itu bahawa kehadiran berterusan Conte hanya akan terus memburukkan lagi semangat yang sudah pun merudum dalam kalangan pemain.
Didorong oleh penyingkiran daripada UCL di tangan AC Milan dengan agregat 0-1 pada 9 Mac lalu, kata sumber-sumber, Spurs berasa komited untuk meneruskan khidmat Conte sehingga akhir musim ini.
Pengurus itu, bagaimanapun, merosakkan perancangan berkenaan gara-gara siri temu bual panasnya selepas terikat seri dengan Southampton itu yang memungkinkan apa saja.
Bekas pemain, Ryan Mason, yang menganggotai pasukan kejurulatihan Conte, diuar-uarkan sebagai calon untuk mengambil alih bagi tempoh singkat andainya Levy meneruskan cadangan pemecatannya.
Mason juga bukanlah tenaga asing kerana pernah mengendalikan pasukan itu secara sementara sebelum pemecatan Jose Mourinho daripada kerusi pengurus pada 2020.
Penggantian pengurus diramalkan boleh berlaku sepantas kembalinya pemain-pemain ke pusat latihan pasukan di Enfield pada pagi Selasa.
Ia juga seakan-akan tidak lagi diendahkan oleh Conte yang mahu berlalu pergi, sama ada lambat atau cepat.
Asmawi Bakiri
Tue Mar 21 2023
Tindakan FAM gantung keahlian KAFA mengelirukan -- Afandi
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Datuk Seri Afandi Hamzah, menganggap keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung keahlian KAFA sebagai mengelirukan dan mengecewakan.
Saya sayang awak Malaysia! -- Giancarlo Gallifuoco
Pemain import berpengalaman Kuala Lumpur City, Giancarlo Gallifuoco, meluahkan rasa cintanya terhadap Malaysia selepas hampir empat tahun bermain dalam kancah Liga Super Malaysia bersama kelab tersebut.
Mengenang tragedi tsunami 2004: Anak angkat Cristiano Ronaldo di Indonesia diangkat sebagai duta
Anak angkat Cristiano Ronaldo yang berasal Indonesia, Martunis Ronaldo, diangkat sebagai Duta Kemanusiaan Global bagi pelantar digital, Disaster and Climate Technology Hub di UIN Ar-Raniry, Aceh.
Piala AMEC: Ini ucapan kapten Singapura sebelum singkir Harimau Malaya
Ucapan kapten Singapura, Hariss Harun, dalam bilik persalinan sebelum aksi berdepan Harimau Malaya mencuri perhatian.
Kau fikir kau siapa? -- Cristiano Ronaldo menangis dimarahi Alex Ferguson
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand, berkongsikan kembali kenangan ketika rakan sepasukannya, Cristiano Ronaldo, dimarahi jurulatih hingga menyebabkan pemain itu menangis dalam bilik persalinan.
EPL: Saya tahu apa yang saya lakukan -- Jelas jurulatih Manchester United
Pengendali Manchester United, Ruben Amorim, menegaskan ketiadaan Marcus Rashford tidak menganggu pasukannya dengan dia menjelaskan tidak bercakap mengenai komennya baru-baru ini yang mencadangkan dia meninggalkan Old Trafford.
Pemenang jersi Harimau Malaya dengan tandatangan pemain akan diumumkan esok!
Pengumuman pemenang sehelai jersi Harimau Malaya yang ditandatangani barisan pemain kebangsaan sempena Kejohanan Bola Sepak Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 akan diumumkan esok (Khamis).
Van Nistelrooy anggap sokongan peminat Manchester United di Malaysia seperti di Old Trafford
Legenda Manchester United, Ruud Van Nistelrooy, berkongsikan pengalamannya ketika tiba di Malaysia buat pertama kali dalam siri jelajah pasukannya itu pada 2001.
Bergson masih mampu jadi peledak berbisa Harimau Malaya
Peledak import berbisa Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva diyakini masih mampu memberikan impak kepada skuad negara sekiranya pemain itu dinaturalisasikan.
'Nak makan ikan besar, umpan Harimau Malaya perlu besar'
'Nak makan ikan besar, umpan kena besar' - itu adalah realiti yang semua orang perlu fahami bahawa jika keperluan pemain berdarah warisan mahu dijadikan sebagai antara kekuatan penting skuad revolusi Harimau Malaya bermula 1 Januari 2025.
Hurzeler delighted by 'whole package' Wieffer
Preview: Brighton v Brentford
Mudryk to 'disconnect' from Chelsea amid FA investigation
Chelsea's Mudryk to 'disconnect'
Oscar makes return to Brazil with Sao Paulo
Oscar back in Brazil
Maresca believes Fernandez is growing in stature at Chelsea
Enzo delighted with Fernandez
Sensational Sinner heads into 2025 on top of the world
Sinner's stellar 2024 in numbers
South Africa will 'pull together' for ICC Champions Trophy
Walter confident in South Africa
Kerr sees plenty of potential in 'elite' Kuminga
Kerr hails 'elite' Kuminga
Redick: Lakers must avoid turnovers in Christmas clash with Warriors
Redick: Lakers must avoid turnovers
Liverpool need no extra motivation for Leicester game, says Gakpo
Preview: Liverpool v Leicester
'I don't care about Christmas' - Amorim fully focused on getting Boxing Day win
Preview: Wolves v Man Utd