Prestasi Luis Suarez bersama Gremio membuktikan dia bakal menghadapi sedikit masalah untuk menyesuaikan diri dengan kancah Major League Soccer (MLS) sekiranya dia menyertai Inter Miami, kata bekas pertahanan Los Angeles FC, Giorgio Chiellini.

Suarez dilaporkan sedang berbincang dengan Miami mengenai perpindahan yang akan menyaksikan dia bersatu semula dengan bekas rakan sepasukan di Barcelona, Lionel Messi, Jordi Alba dan Sergio Busquets.

Pemain Uruguay itu nampaknya semakin hampir untuk mengikat perjanjian selama setahun dengan kelab MLS berkenaan selepas menghabiskan kempen 2023 bersama Gremio di tempat kedua di belakang Palmeiras pada musim pertama mereka dalam liga utama Brazil, setelah menghabiskan kempen sebelumnya di divisyen kedua.

Suarez meledak 17 gol liga buat Gremio sepanjang tahun ini selain mencetak 11 bantuan jaringan untuk menjadi pemain yang paling banyak terlibat dengan gol (28) di Brasileirao.

Penyerang itu, yang akan berusia 37 tahun pada bulan depan menyumbat 27 gol sebelum menjadi ejen bebas dan Chiellini yang baru-baru ini bersara percaya Suarez mampu menyerlah dalam MLS.

"Anda lihat apa yang Suarez lakukan tahun ini di Brazil. Brazil bukanlah sebuah liga yang lemah," kata bekas tonggak Itali pernah digigit Suarez dalam Piala Dunia 2014 itu kepada Stats Perform.


A post shared by Luis Suárez (@luissuarez9)



"Suarez menjaringkan hampir 30 gol, kami masih melihat sesuatu di sana dan dia masih sangat bagus. Kini bola sepak berubah di seluruh dunia.

"Jurang perbezaan antara beberapa liga di Eropah dan negara lain hampir mirip. Satu-satunya liga yang sangat berbeza daripada yang lain, saya fikir adalah Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Tetapi sejujurnya yang lain boleh kita bandingkan dan beberapa tahun lalu anda juga boleh mencari bakat yang bagus dalam beberapa liga pelik yang tidak pernah anda pertimbangkan. Kini ia sangat berbeza."