Astro Malaysia Holdings Bhd (AMH) telah berjaya merekodkan Keuntungan Selepas Cukai Dan Faedah Minoriti (PATAMI) ke RM44 juta bagi suku keempat untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari 2024.
Dalam satu kenyataan pada Khamis, Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentu, berpunca daripada ketidakstabilan matawang asing, ia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
PATAMI Ternormal pula mencatatkan RM35juta, namun ia tidak merangkumi cukai kerugian tukaran mata wang asing bagi pajakan berkaitan transponder.
Ia berkata, aliran tunai bebas direkodkan sebanyak RM134juta, dengan 3.8x PATAMI Ternormal dan syarikat akan sentiasa berhemah dan proaktif dalam pengurusan modal walaupun dilanda pelbagai cabaran ekonomi.
Mengulas mengenai prestasi semasa, Astro berkata, jumlah pemasangan dekoder Ultra dan Ulti Box telah meningkat 22 peratus dari tahun ke tahun ke 1 juta pelanggan.
Pertumbuhan Adex pula, mencatatkan pertumbuhan 11 peratus suku ke suku kepada RM109 juta, dengan pencapaian konsisten untuk TV, radio, dan platform digital, manakala penguasaan pasaran Radex, TV Adex dan Digital Adex mencatatkan 77 peratus, 30 peratus, dan 2 peratus.
Jenama Astro Radio kekal teguh sebagai stesen nombor satu negara untuk semua bahasa dengan mencatatkan 18.2 juta pendengar di radio FM, dan digital mingguan, manakala aplikasi audio hiburan popular Malaysia, SYOK mencapai 554,000 pendengar podcast mingguan.
Astro dalam kenyataan yang sama terus komited memerangi cetak rompak, menerusi kerjasama dengan pelbagai Kementerian dan Agensi demi melindungi individu dan perniagaan yang bersandar terhadap industri hiburan dan penyiaran.
“Sebanyak 13 kes yang melibatkan individu dan perniagaan didakwa di mahkamah dengan 113 peranti penstriman haram (ISD) dirampas, serta denda yang dikenakan berjumlah RM219,000.00. Usaha dan kerjasama akan dipertingkatkan lagi untuk tahun kewangan baharu,” katanya lagi.
Dalam pada itu Astro berkata, kekuatan dolar Amerika Syarikat ketika ini memberikan kesan mendalam terhadap kos perniagaan, manakala keadaan ekonomi tempatan (yang dipengaruhi faktor geopolitik), serta sentimen pengguna lemah, termasuk kesan penyelarasan cukai perkhidmatan, memberi cabaran kepada pertumbuhan hasil.
Bagi tujuan meringankan beban, Astro berkata ia telah memperkenalkan pakej pengenalan yang lebih berpatutan bagi televisyen berbayar, dan juga Sooka pada tahun lepas, sekali gus meningkatkan nilai produk dan perkhidmatannya.
--Astro Awani
Astro Awani
Thu Mar 21 2024
Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat
Astro Malaysia Holdings Bhd (AMH) telah berjaya merekodkan Keuntungan Selepas Cukai Dan Faedah Minoriti (PATAMI) ke RM44 juta bagi suku keempat untuk tahun kewangan berakhir 31 Januari 2024.
Demi Rimba Kita 2024: Pemanas badan menjelang Liga Malaysia bertemakan alam sekitar
Seramai 35 peserta menyertai program komuniti yang pertama kali diadakan bertujuan sebagai pemanas badan untuk Liga Malaysia musim ini serta untuk membina hubungan baik di antara hos/tetamu pakar bola sepak Astro bersama rakan-rakan media yang terlibat.
Liga Malaysia: Tahun kedua siaran di Astro janji peningkatan luar biasa
Berlaku peningkatan luar biasa dalam tahun kedua penganjuran Liga Malaysia dengan Astro bertindak sebagai penyiar rasmi.
‘Masa, Anugerah Terindah’ Kempen Ramadan Raya Daripada Astro
Astro Arena menghidangkan kerancakan sukan tempatan dan antarabangsa antaranya Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) yang akan bersiaran bermula jam 9.30 malam dan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia ketika Ramadan ini.
KPDN, Astro tekad perangi isu penyiaran tanpa lesen
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berganding bahu bersama Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) menjalankan program advokasi bagi meningkatkan kesedaran pemilik perniagaan makanan dan hiburan berhubung Akta Hak Cipta 1987.
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.
Siapa lebih kaki bangku?
Peminat sukan tanah air, anda boleh berhibur dengan menyaksikan perlawanan Piala Kaki Bangku Era pada Rabu ini.
Putra Brands Awards: Astro nombor syatuuu! Terima kasih semua
Astro merangkul dua anugerah Putra Brand Awards 2023 yang diadakan di Petaling Jaya malam tadi.
Piala Asia: Legenda bola sepak negara rancakkan 51 perlawanan di Astro
Ayuh berikan sokongan dan sorakkan anda kepada skuad Harimau Malaya di AFC Piala Asia, Qatar 2023 dan ikuti liputan langsung 51 perlawanan di Astro bermula pada 12 Januari hingga 10 Februari 2024.
Tenaga kerja Astro Arena uji keberanian di SKYTREX
Barisan tenaga kerja Astro Arena menguji keberanian masing-masing di SKYTREX Adventure Sungai Congkak, Hulu Langat pada Khamis dan Jumaat lalu.
Durant urges Suns to use fans' frustration as 'fuel' towards playoff recovery
Many Phoenix Suns supporters left Game 3 against the Minnesota Timberwolves early, and Kevin Durant understands their frustrations.
Ancelotti salutes Madrid's 'commitment and desire' following Sociedad victory
Ancelotti salutes Madrid desire
Women's Champions League semi-finals finely poised
Women's UCL semi-final preview
Leicester City seal automatic Premier League return
Leicester City will be back in the Premier League next season, following Leeds United's capitulation at Loftus Road on Friday.
Chicago Fire v Atlanta United: ‘Think like champions’ urges Giakoumakis
Preview: Chicago v Atlanta
NBA: Haliburton lifts Pacers to 2-1 lead; Wolves take 3-0 lead and Mavs go up 2-1 on Clippers
Tyrese Haliburton converted a 3-point play in the waning seconds of overtime to give the Pacers a win over the Bucks and a 2-1 lead
Thomas Cup: Dream start for Malaysia after thrashing Hong Kong 5-0
Malaysia have one foot in the Thomas Cup quarter-finals after the national team made the perfect start in this prestigious event by demolishing Hong Kong 5-0 in their Group D opener on Saturday.
New York Red Bulls v Vancouver Whitecaps: Facing Eastern Conference teams ‘like going to the casino’
The Vancouver Whitecaps head to the Big Apple to face the New York Red Bulls for the first time since May 2019 on Saturday.
Orlando City v Toronto FC: Pareja delighted with Lions’ character
Preview: Orlando City v Toronto FC
Nashville SC v San Jose Earthquakes: ‘A win would change everything’ - Godoy
Preview: Nashville v SJ Earthquakes