Astro Arena menghidangkan kerancakan sukan tempatan dan antarabangsa antaranya Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) yang akan bersiaran bermula jam 9.30 malam dan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia ketika Ramadan ini.

Astro teruja untuk menyambut keindahan Ramadan 1445 Hijrah dengan menampilkan lebih daripada 600 jam tontonan dan pengisian yang bermakna untuk dinikmati oleh seisi keluarga di sepanjang bulan Ramadan ini.

Mengangkat tema ‘Masa, Anugerah Terindah’, pelanggan Astro bakal disajikan dengan pelbagai pengisian yang dapat memenuhi keperluan tontonan di setiap peringkat umur, menerusi seleksi program-program hebat di platform televisyen, radio, digital serta penganjuran aktiviti lapangan, dengan tujuan untuk merapatkan hubungan seisi keluarga agar masa yang diluangkan lebih bermakna dan mampu membina momen-momen indah.

Selain tawaran kandungan, kempen Ramadan dan Raya Astro 2024 turut diwarnai dengan kehadiran duta-duta yang dilantik untuk menyampaikan mesej positif kepada masyarakat.