Barisan tenaga kerja Astro Arena menguji keberanian masing-masing di SKYTREX Adventure Sungai Congkak, Hulu Langat pada Khamis dan Jumaat lalu.

Personaliti TV, wartawan, hos dan tenaga kerja di belakang tabir kesemuanya tidak melepaskan peluang untuk mencabar diri dengan melakukan aktiviti lasak 'flying fox' dari satu pohon ke satu pohon di kawasan berkenaan.