Satu kebanggaan buat Norway apabila mencatat kemenangan pertama dalam saingan kumpulan G Liga Negara-negara UEFA selepas atasi Austria 2-1.

Namun dalam kemenangan itu ada keresahan dari peminat-peminat Arsenal selepas kapten mereka, Martin Ødegaard, mengalami kecederaan di separuh masa kedua sebelum dikeluarkan pada minit 67.





Kecederaan itu satu tamparan hebat buat Arsenal yang akan hadapi Derbi London Utara menentang Tottenham pada ahad, lebih-lebih lagi apabila mereka juga kehilangan Declan Rice yang dilayangkan kad merah tempohari.

"Kecederaan Martin nampak teruk -- Saya lihat dia duduk bersama pegawai fisioterapi dan kami tahu dia tidak mampu teruskan," - kata Ketua Jurulatih Norway Ståle Solbakken.