Hakim Ziyech menjadi wira Maghribi apabila membawa pasukan ke pusingan 16 terakhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) sebagai juara Kumpulan F selepas kemenangan 1-0 ke atas Zambia.

Pemain tengah Chelsea itu, yang kini dipinjamkan ke kelab Turki, Galatasaray, menjaringkan gol tunggal perlawanan di Stade Laurent Pokou di San Pedro dengan sentuhan penyudah yang cukup klinikal tujuh minit sebelum rehat.

Jaringan tersebut sudah cukup untuk meraih tiga mata dan tempat teratas dengan DR Congo menuntut tempat naib juara berikutan seri 0-0 dengan Tanzania, sekaligus menyaksikan penglibatan Zambia sudah berakhir.