Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) hari ini mengesahkan rekod 100m dengan catatan masa 11.49s yang dicipta ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, diiktiraf oleh Olahraga Dunia (WA).

Wartawan Astro Arena, Karl Nunis, melaporkan maklumat terkini itu sebentar tadi mengenai status pelari kelahiran Alor Setar yang memadam rekod bekas pelari pecut negara, Shanti Govindasamy, dengan catatan masa 11.50s, sebelum ini.






Zaidatul memecahkan rekod kebangsaan itu ketika di Kejohanan Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V di Stadium Tuanku Syed Putra, Oktober lalu.

Laporan penuh di Nadi Arena jam 7.30 malam ini.