Hanya esok mampu meleraikan debaran Zaidatul Husniah Zulkifli yang berdepan situasi berputih mata berikutan rekod baru 100 meter yang diciptanya Oktober tahun lalu tidak mendapat pengiktirafan daripada Olahraga Dunia (WA).

Pelari pecut wanita kebangsaan itu memecah rekod berusia 31 tahun milik G Shanti dengan catatan 11.49 saat menerusi Kejohanan Terbuka Perlis Cahya Mata Sarawak Super Series V di Stadium Tuanku Syed Putra.




Lantaran itu, dia sedang menantikan perkembangan daripada Pengarah Teknikal Kejurulatihan Persatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard, yang berjanji isu ini akan diselesaikan dalam tempoh 48 jam dengan menghantar surat sokongan fakta kepada badan induk dunia itu.

Atlet kelahiran Alor Setar itu pernah dikecewakan apabila catatan 11.45s yang dirakamkannya di Afrika Selatan pada 2017 tidak diiktiraf -- juga atas masalah teknikal.