Pemain Arsenal, Gabriel Martinelli menggambarkan rakan sepasukan Arsenal, Bukayo Saka, sebagai “salah satu pemain terbaik di dunia”, dengan mengatakan tiada siapa dalam skuad Gunners yang dapat menggantikan pemain antarabangsa England itu.

Bukayo Saka dijangka akan terlepas sehingga dua bulan selepas menjalani pembedahan hamstring, susulan kecederaan yang dialami dalam kemenangan 5-1 ke atas Crystal Palace awal bulan ini.

Pasukan Mikel Arteta telah menunjukkan prestasi baik tanpa kehadiran Saka, dengan meraih tiga kemenangan berturut-turut, termasuk kemenangan dalam Liga Perdana, yang terbaru ketika menentang Brentford pada awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut membawa Arsenal ke tangga kedua, enam mata di belakang Liverpool, walaupun mereka mempunyai satu perlawanan tambahan berbanding Gunners.

Pemain simpanan Arsenal termasuk Martinelli dan Gabriel Jesus, telah menemui sentuhan penyudah tepat pada masa yang diperlukan.

Kedua-dua menjaringkan gol menentang Brentford, dengan Jesus menyamakan kedudukan dan Martinelli menambah gol kedua selepas Mikel Merino meletakkan Arsenal di hadapan.

Martinelli telah menjaringkan tiga gol dalam empat penampilan terakhir di tempat lawan, ini lebih banyak berbading dua gol dalam 26 perlawanan sebelumnya.

Sementara itu, Jesus telah menjaringkan enam gol dalam empat penampilan terakhirnya bersama Arsenal dalam semua pertandingan. Sebanyak 48 perlawanan yang dicapainya sebelum ini.

Namun, meskipun prestasi cemerlangnya sejak kecederaan Saka, Martinelli menyatakan bahawa rakan sepasukannya itu merupakan antara pemain elit di dunia.

“Tiada siapa yang boleh menggantikannya. Dia adalah salah satu pemain terbaik di dunia. Kami percaya pada diri kami sendiri, kami akan berusaha sebaik mungkin untuk kelab ini,” kata Martinelli kepada TNT Sports.