Perlawanan yang berlangsung di Al-Awwal Park di antara Inter Milan dan Atalanta bagi aksi separuh akhir Piala Super Itali memberikan Inter magis berbeza.

Turun sebagai juara bertahan, Inter nyata mendominasi permainan dan menghalang Atalanta untuk menerjah gawang mereka.

Pemain kebangsaan Belanda, Denzel Dumfries, menjadi watak utama membawa Inter Milan ke pentas final buat kali keempat berturut-turut.

Tiga minit selepas babak kedua bermula, Dumfries menjaringkan gol pertama dengan aksi akrobatik jarak dekat di hadapan gawang Atalanta.

Tidak cukup dengan itu, minit ke-60, Dumfries sekali lagi menjaringkan gol, kali ini menerusi sepakan dari luar kotak penalti yang menggegarkan gawang lawan.