SRI PAHANG 5 PDRM 1

PDRM berdepan mimpi ngeri dibolosi empat gol dalam separuh masa pertama di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh sebelum tumbang 1-5 kepada Sri Pahang, sebentar tadi.


Kejayaan besar ini secara tidak langsung mengakhiri kemarau kemenangan tuan rumah yang kali terakhir memenangi perlawanan Liga Super menerusi aksi pembukaan bertemu Kelantan United.

Kesemua hasil jaringan Sri Pahang dicetak oleh pemain import menerusi dua ledakan Kpah Sherman dan Stefano Brundo selain satu lagi jaringan Manuel Hidalgo sebelum Bruno Suzuki memastikan gol sagu hati pelawat.

"Kami tidak begitu fokus dalam separuh masa pertama, bukan hanya pertahanan.

"Kami hilang bola dan dibolosi mudah.

"Selepas tewas 1-5, kami perlu adakan persiapan matlamat tinggi dan berikan keyakinan kepada pemain-pemain.

"Kami tidak begitu komited dalam perlawanan ini," kata ketua jurulatih PDRM, P Maniam, selepas perlawanan.