Negeri Sembilan memburu kemenangan pertama di halaman sendiri apabila menurunkan kesebelasan terbaik demi meraih tiga mata penuh di hadapan peminat tempatan selain mahu menewaskan pasukan Perak, sebentar nanti.

Nasrullah Hanif Johan sebagai ketua pasukan bakal menggalas tanggungjawab mengukuhkan barisan pertahanan sambil dibantu pemain import, Aliyu Audu Abu Bakr, serta Che Rashid Che Halim dan Harith Samsuri.


Tumpuan seharusnya diberikan kepada tunjang utama skuad kendalian Nantha Kumar Kalliappan, Takumi Sasaki, yang mengetuai serangan Sang Rusa selain berharap kepada pemain sayap, Hein Htet Aung.

Perak pula mempertaruhkan Wan Zack Haikal Wan Nor sebagai pemain berpengalaman mengemudi jentera tengah yang akan dibantu oleh pemain yang sedang meningkat naik, Muhammad Nur Azfar Fikri Azhar.

Mampukah penjaga gol kebangsaan, Haziq Nadzli, mengekang asakan tanpa melepaskan sebarang jaringan buat pasukan tuan rumah?