Penjaga gol kebangsaan, Kalamullah Al-Hafiz, sah meninggalkan pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman, apabila memilih untuk menamatkan kontraknya lebih awal secara persetujuan bersama.

Pemain berusia 29 tahun itu menyertai Sang Kenari pada 2022 dan mengikat perjanjian selama dua musim sebelum berhijrah keluar daripada Petaling Jaya (PJ) City.


Difahamkan pemain kelahiran Pasir Puteh, Kelatan, itu bakal menyertai naib juara Piala FA 2024, Selangor, sebagai destinasi baru bagi mendapatkan cabaran berbeza selain Kedah sedang berdepan situasi semasa yang memaksa untuk membuat keputusan terbaik.


Sebagai rekod, Kalamullah sudah melakukan 37 penampilan bersama skuad kendalian Nafuzi Zain dan kerap dipanggil menjadi penjaga gol skuad Harimau Malaya.