Kuching City hari ini mengumumkan ketibaan bekas Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Hazwan Bakri, yang akan memperkuatkan pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Super 2024/2025.

Sebelum ini pemain berusia 33 tahun itu terpaksa berehat panjang susulan mengalami kecederaan lutut anterior cruciate ligament (ACL).




Kali terakhir dia beraksi adalah pada pertemuan di antara JDT menentang Penang Disember lalu.

Sepanjang kariernya dalam kancah bola sepak profesional, dia telah beraksi dalam 86 perlawanan dan telah menjaringkan 18 gol secara keseluruhannya.