Penyokong Selangor meluahkan rasa kecewa susulan hasrat Selangor untuk melepasi cabaran peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) terkubur.

Skuad The Red Giants juga mengakhiri kempen Piala FA dan Piala Malaysia dengan hampa musim ini sekali gus menyaksikan satu-satunya jalan untuk mara ke saingan peringkat Asia musim depan adalah menerusi saingan di peringkat Liga Super 2024/25.





Malah, penyokong Merah Kuning itu turut meluahkan harapan untuk berjumpa dengan pemilik pasukan kesayangan mereka itu bagi membincangkan masalah yang dihadapi hingga Selangor kelihatan bergelut dengan prestasi musim ini.

"Tamat sudah perjalanan kita di peringkat ACL2. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

"Kami berharap untuk berjumpa dengan pemilik Selangor untuk membincangkan masalah yang berlegar dalam pasukan." katanya menerusi laman X hari ini.