Juara Piala Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) 2018, Terengganu City, menerima bantuan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ekoran masalah kewangan yang membelenggu pasukan itu, sebelum ini.

Inisiatif tersebut merupakan hasil kerjasama bersama Kesatuan Pemain Profesional Dunia (FIFPRO) bagi membela nasib seramai 18 pemain Terengganu City yang dilanda tunggakan gaji.

A post shared by PFA Malaysia (@pfamalaysia)



Bantuan dana itu hasil daripada FIFA Fund for Football Players (FIFA FFP) yang berupaya membantu pemain yang terkesan dengan kemelut kewangan pasukan.