Iga Swiatek semakin hampir untuk kembali bergelar pemain nombor satu dunia selepas menewaskan Aryna Sabalenka dalam separuh akhir Kejohanan Tenis WTA Finals awal pagi tadi.

Pemain nombor dunia itu meraih kemenangannya yang ke-67 tahun ini dan yang ke-10 secara berturut-turut dengan menewaskan penyandang pemain nombor satu dunia, Sabalenka, 6-3, 6-2 di Mexico.

Perlawanan itu, yang bermula semalam, terpaksa ditangguhkan pada game keempat berikutan cuaca hujan sepanjang hari.

Ia disambung semula hari ini dan Swiatek mudah mengatasi Sabalenka dalam game pertama sebelum mengesahkan kemenangan selepas beraksi selama lebih 90 minit.

"Saya amat-amat gembira dengan kemenangan ini. Saya fikir ia perlawanan paling sukar dan terbaik pernah saya hadapi sepanjang di sini," kata Swiatek selepas tamat perlawanan itu.

Pemain Poland berusia 21 tahun berkenaan akan bertemu Jessica Pegula dalam penentuan gelaran esok dan berpeluang untuk menamatkan tahun ini selaku pemain nombor satu dunia.