Iga Swiatek tidak memerlukan masa yang panjang untuk membuka kempen Kejohanan Tenis Wimbledon dengan kemenangan apabila mengetepikan cabaran Zhu Lin malam tadi.

Pemain nombor satu dunia itu kelihatan serius untuk menambah koleksi gelaran grand slamnya selepas menjuarai Terbuka Perancis dan Terbuka Amerika Syarikat (AS) sepanjang 10 bulan ini dan dia mempamerkan aksi pembukaan cukup meyakinkan di Court One untuk melakar kemenangan 6-1, 6-3.

Pilihan utama itu, bagaimanapun, tidak memiliki rekod yang baik di SW19, di mana dia tidak pernah melepasi pusingan keempat kejohanan itu tetapi kali ini, ada petanda positif untuk dia menamatkan badi berkenaan.

Pemain China, Zhu Lin, jelas tidak dapat menandingi Swiatek dalam perlawanan itu, yang ditangguh seketika kerana hujan sebelum bumbung di Court One ditutup.