Ketua jurulatih Perak, Yusri Che Lah, menyifatkan prestasi anak buahnya kurang menyengat di sebalik kemenangan 3-1 menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) di Ipoh, malam tadi.
Begitupun, dia tetap bersyukur dengan kemenangan yang melayakkan pasukannya ke peringkat suku akhir Piala Malaysia.
"Walaupun kita menang tapi cara permainan agak kurang 'umph'. Sepatutnya kita beraksi di gelanggang sendiri malam ini tidak menjadi satu alasan untuk kita memperagakan aksi yang lebih baik.
Halftime: KDN 0- PERAK 2
— Faizal Bazari (@faizalbazario) November 30, 2024
Penolong Ketua Jurulatih Kelantan Darul Naim, Rezal Zambery Yahya tampak sugul setelah skuad kendaliannya mengalami defisit lima gol di belakang Perak FC.
Andai keputusan kekal sehingga wisel penamat, Perak ke suku akhir Piala Malaysia. @ASTROARENA pic.twitter.com/b7dRxRWqkY
"Sungguh pun begitu, tahniah kepada para pemain. Mereka melepaskan diri daripada pasukan 16 dan masuk ke suku akhir," katanya kepada pemberita selepas perlawanan di antara Perak menentang KDN di sini pada Sabtu.
Sementara itu, Yusri menyifatkan pasukannya bakal berdepan perlawanan getir pada Disember ini susulan jadual yang agak padat.
Menurutnya, pemain memerlukan rehat secukupnya di sebalik ketiadaan pemain akibat kecederaan termasuklah kapten pasukan, Luciano Guaycochea.
Jelasnya, di sebalik kemenangan ke atas KDN, banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki kerana lawan selepas ini bukan mudah.
? Aksi Unifi Piala Malaysia 2024-2025 | PM R16 (2)
— Malaysian Football League (@MFL_MY) November 30, 2024
Perak FC 3-1 Kelantan Darul Naim FC
Agregat: Perak FC 6-1 Kelantan Darul Naim FC#UnifiPialaMalaysia2024-25 #LigaMalaysia #DemiLigaKita pic.twitter.com/nGjKqwY0ew
Katanya, sama ada bertemu Selangor atau Sri Pahang, pasukannya tidak akan memberi laluan mudah kepada pasukan yang akan dihadapinya.
"Kedua-duanya pasukan yang kuat bagi kami, kami faham dan kami tahu. Apa yang pasti kami akan cuba sebaik mungkin untuk meletakkan pasukan Perak di tempat yang terbaik dan sekali lagi Piala Malaysia menyajikan sesuatu yang amat berprestij kepada semu.
"Jadi kita akan usaha sebaik mungkin untuk untuk tidak membenarkan mana-mana pasukan ataupun memberi jalan mudah kepada mereka," katanya. - Sinar Harian