Pilihan utama, Andrik Lim dan Thanusaa Uthrian membuktikan kredibiliti selepas muncul juara dalam Kejohanan Skuasy Trofi Sharon Wee.

Sebagai dedikasi kepada ratu skuasy negara, Sharon Wee, kejohanan itu merupakan peningkatan keyakinan yang hebat untuk Andrik yang menang selesa menentang Veroon Heng 11-9, 11-9, 11-5, dan Thanusaa menewaskan Goh Zhi Xuan 12-10, 11-7, 9-11, 11-5.

“Ia satu penghormatan besar bagi saya untuk memenangi trofi ini kerana Sharon adalah merupakan idola saya. Dia bukan sekadar juara skuasy tetapi mentor kepada saya dan ramai atlet pelajar”, ​​kata Thanusaa yang juga juara Asia Bawah 19.

Bagai Andrik, dia berbangga dengan kejayaan ini dan berkata, “Saya gembira dapat bersaing dalam Piala Sharon Wee dan beberapa kejohanan di Malaysia. Saya sangat gembira untuk menggelarkan diri saya sebagai juara negeri Melaka dan bercita-cita untuk menang lebih banyak di peringkat antarabangsa."

Kejohanan itu disokong oleh Emerald Auto Parts sebagai penaja utama dan penaja bersama ialah Maxbolt.