Trofi Tuanku Muhriz 2024 yang bermula hari ini menjadi tumpuan pemain dunia apabila turut menggamit pemain lelaki Hong Kong, Tsz Kwan Lau, selain bintang muda tempatan, Aifa Azman, sebagai pilihan kategori wanita.
Sebanyak 12 wakil dari negara berbeza akan menghantar wakil untuk merebut hadiah kemenangan bernilai USD16,000 (RM70,000) dalam kejohanan yang memasuki edisi ketiga ini selain sempena ulang tahun penubuhan ke-25 Persatuan Skuasy Negeri Sembilan.
Edisi sebelum ini menyaksikan Abhay Singh dari India mendominasi gelaran lelaki pada 2022 disusuli Ali Hussein (Mesir) pada 2023, manakala gelaran wanita pernah diraih disandang oleh pemain negara, Aira Azman pada 2022 dan S. Sivasangari setahun kemudian -- kemenangan pertamanya selepas terbabit dalam kemalangan kereta pada 2022.
Presiden Persatuan Skuasy Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-‘Abidin Ibni Tuanku Muhriz, menyatakan keterujaan baginda terhadap penganjuran ini dengan bertitah: “Piala Tuanku Muhriz pantas menjadi kejohanan penting dalam kalendar skuasy antarabangsa. Kami berbangga untuk menjadi tuan rumah kepada pemain-pemain berbakat yang hadir di Negeri Sembilan.
"Kejohanan ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada skuasy secara gobal malah turut menekankan komitmen kami untuk memupuk dan mempromosikan sukan di rantau ini. Kami berharap untuk menyaksikan satu kejohanan yang luar biasa, selain melihat Piala Tuanku Muhriz akan terus berkembang pada tahun-tahun mendatang."
Kejohanan yang akan dilangsungkan di Sekolah Menengah Chuang Hua, Seremban, ini akan dirasmikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Shaiful Shamsudin
Wed Aug 28 2024
Skuasy Berpasukan Dunia WSF: Malaysia ke separuh akhir mudah atasi England
Skuad skuasy wanita negara mudah menewaskan pasukan pilihan keempat, England, 2-0 untuk ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia di Hong Kong sebentar tadi.
Skuasy Remaja Terbuka KL: Ayesha Rania cipta sensasi juarai B-19
Selepas membuat kejutan dengan menundukkan pemain pilihan pertama, Anrie Goh, dalam suku akhir kelmarin, Ayesha Rania Syed Kebir meneruskan rentak cemerlangnya apabila menumbangkan seorang lagi pemain pilihan, Keira Hickox, dari Kanada untuk menjuarai kategori B-19 Kejohanan Skuasy Remaja Terbuka Kuala Lumpur di Pusat Skuasy Nasional, Jalan Duta.
Skuasy Remaja Antarabangsa KL: Kejutan demi kejutan, Ayesha Rania ke final!
Nama perseorangan wanita B-19, Ayesha Rania Syed Kebir, terus menjadi bualan rata-rata penonton yang hadir di Gelanggang Skuasy Jalan Duta apabila cemerlang membenam cabaran dari wakil Australia, Joanne Joseph, 3-1 untuk melangkah ke final Kejohanan Skuasy Remaja Antarabangsa Kuala Lumpur Edisi Ke-16 esok.
Nicol David terima anugerah Dewan Kemasyuran
Legenda Negara, Datuk Nicol Ann David, diiktiraf sebagai salah seorang pemain skuasy terhebat sepanjang zaman selepas dilantik dalam satu majlis berhubung Dewan Kemasyhuran Persatuan Skuasy Profesional (PSA) di Hong Kong.
LA 2028: Ng Eain Yow, S. Sivasangari dalam landasan terbaik
Presiden Persatuan Skuasy Raket Malaysia (SRAM), Gerard Monteiro Clair, memberi pujian terhadap prestasi positif yang ditonjolkan pemain negara seperti S.Sivasangari dan Ng Eain Yow dalam kejohanan Terbuka Singapura, minggu lalu.
Skuasy Terbuka Singapura: Sivasangari atasi Aifa untuk ke suku akhir
S. Sivasangari mara ke suku akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Singapura apabila menewaskan rakan senegara, Aifa Azman, dalam aksi pusingan kedua di OCBC Arena hari ini.
Skuasy Terbuka Singapura: Eain Yow bakal tempuh cabaran lebih getir
Perseorangan skuasy lelaki utama negara, Ng Eain Yow, mencatat kemenangan tiga set ke atas V Senthilkumar dari India, hari ini.
Skuasy Piala Malaysia: Ajaz puji kehebatan Eain Yow, Sivasangari
Ketua jurulatih skuasy negara, Ajaz Azmat, memuji kehebatan dua pemain negara, Ng Eain yow dan S. Sivasangari, dalam Kejohanan Piala Malaysia yang berlangsung 12 hingga 17 November lalu.
Skuasy Terbuka Malaysia: Amina Orfi sekat hajat Sivasangari rangkul gelaran kedua
Pemain skuasy wanita negara, S.Sivasangari, terpaksa akur apabila tewas kepada pemain dari Mesir, Amina Orfi, 8-11, 11-9, 12-10, 8-11, 11-6, dalam final Skuasy Terbuka Malaysia, di The Curve, Mutiara Damansara, sebentar tadi.
Skuasy Terbuka Malaysia: Sivasangari tepati ramalan ke separuh akhir, tumpaskan rakan senegara
Pemain harapan negara, S. Sivasangari terus membuktikan kehebatannya apabila berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Skuasy Terbuka Malaysia, sebentar tadi.
Piroe brace lifts Leeds to Championship summit
Leeds go top of Championship
Latest Liverpool title challenge 'feels different', says Salah
Salah: Reds title bid 'different'
Celtic move 12 points clear at Premiership summit after Motherwell thrashing
Celtic move 12 points clear
Liverpool 3-1 Leicester City: Salah scores 100th home Premier League goal in comeback win
Report: Liverpool 3-1 Leicester
Paterson stars as South Africa start strong
Paterson stars for South Africa
Spirit, not tactics, key to Pereira's pristine start at Wolves
Pereira praises Wolves spirit
Fernandes dismissal crucial to Wolves defeat, says Amorim
Amorim laments Bruno red card
'It's only logical' - Postecoglou defends Spurs slump amid injury crisis
Postecoglou defends Spurs slump
New boss Juric pleased with Southampton despite latest defeat
Juric happy with Saints performance
Wolves 2-0 Manchester United: Cunha takes centre stage after Fernandes red card
Report: Wolves 2-0 Man Utd