Perseorangan skuasy lelaki negara, Addeen Idrakie, masih perlu meningkatkan aspek kepantasannya menjelang kejohanan Piala Dynam Skuash Terbuka Cube 2024 pada 26 hingga 30 Jun di Yokohama, Jepun.

Pemain tersebut yang menyatakan terdapat sedikit jurang perbezaan daripada segi ketangkasan dan kelajuan terutamanya melibatkan pemain dari Eropah.

Kendatipun begitu, dia terus positif mahu menjuarai kejohanan itu meskipun sedar cabaran getir bakal bermula di peringkat suku akhir apabila menentang lawan dari Sepanyol.

sot: addeen idrakie / perseorangan skuasy lelaki negara
"Secara peribadi, saya meletakkan perlawanan akhir sebagai sasaran utama saya dan akan menonjolkan kualiti permainan yang terbaik.

"Saya perlu menambah baik daripada segi teknik individu iaitu kepantasan dan ketangkasan seperti mana yang diberi tahu oleh jurulatih ketika sesi latihan, baru-baru ini," katanya.