Pelumba Moto3 negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril, bakal diberikan peluang untuk menggantikan Luca Lunetta dalam kejuaraan Grand Prix British di Litar Silverstone, 4 Ogos ini.

Penggantian itu berikutan Luca dikhabarkan mengalami kecederaan patah pergelangan tangan dan tulang selangka dalam sesi latihan dan masih berada dalam proses pemulihan.




Sebelum ini, Danial Syahmi berjaya menamatkan Pusingan 2 dalam saingan Kejuaraan Dunia JuniorGP di tempat kelima ketika perlumbaan di Litar Estoril, Portugal. Mei lalu.