Shaiful Shamsudin
Mon Sep 11 2023
Novak Djokovic menyampaikan berita buruk buat Carlos Alcaraz, Daniil Medvedev dan semua calon grand slam yang lain bahawa dia masih mahu meneruskan kariernya.
Djokovic melakar rekod kejuaraan grand slam ke-24 dengan menewaskan Medvedev dalam pertarungan tiga set untuk memenangi Terbuka Amerika Syarikat (AS), sebentar tadi.
Pemain berusia 36 tahun itu merakamkan satu lagi tahun dominan dengan menawan Terbuka Australia dan Perancis selain menjadi naib juara di Wimbledon ketika tewas kepada Alcaraz untuk menjadi juara tertua di Flushing Meadows dalam era Terbuka.
Malah, Medvedev yang mula terbayangkan bahawa cabarannya sudah pun berakhir sebaik dia tewas dalam set kedua dalam tempoh 104 minit melontarkan soalan: “Apa yang anda masih lakukan di sini? Maksud saya, cepatlah (bersara).”
Tetapi Djokovic menegaskan: “Saya akan teruskan perjuangan. Anda tahu, saya berasa sihat secara fizikal. Saya masih berasakan bahawa saya mendapat sokongan di persekitaran saya, pasukan saya, keluarga saya.
“Boleh saya katakan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, grand slam sentiasa menjadi matlamat tertinggi dan keutamaan saya sepanjang musim. Saya tidak banyak menyertai kejohanan lain jadi saya cuba mengutamakan persiapan saya supaya saya boleh mencapai kemuncak dalam grand slam.
“Ini adalah detik istimewa dan setiap hari emosi ini memotivasikan diri saya ketika tidak menyertai kejohanan.
"Ya, kadang-kadang saya bertanya kepada diri sendiri 'mengapa saya masih memerlukan ini semua di peringkat ini selepas segala yang saya lakukan. Berapa lama saya mahu teruskannya?’ Sudah tentu soalan-soalan ini berlegar di minda saya.
“Tetapi dengan mengetahui bahawa saya masih bermain di peringkat tinggi dan saya memenangi gelaran paling berprestij dalam sukan ini, saya tidak mahu meninggalkan sukan ini ketika masih di kemuncak. Saya masih beraksi seperti yang saya kehhendaki."
Terbuka Australia: Iga Swiatek beri petanda bakal takluki Melbourne!
Tiga kali di Paris dan satu kali di New York, itulah deretan kejuaraan grand slam yang pernah didakap individu bernama Iga Swiatek. Namun, percubaannya di Melbourne sejak 2019 masih tidak menjadi dengan pencapaian terbaiknya hanyalah sekadar di separuh akhir edisi 2022.
Terbuka Australia: Stefanos Tsitsipas berkobar-kobar buru gelaran sulung grand slam
Sejak bergelar professional pada 2016, pemain muda kelahiran Athens, Greece, itu masih dahagakan gelaran yang cukup didamba mana-mana pemain terulung dunia iaitu gelaran grand slam.
Terbuka Australia: Djokovic berang provaksi 'Sang pengecut'!
Siapa buat ‘Raja Grand Slam’ berang?, ini gara-gara provokasi berterusan penyokong di Rod Laver Arena ketika aksi melewati set keempat ketika 'The Joker' berdepan cabaran pemain tuan rumah -- Alexei Popyrin dalam pusingan kedua Terbuka Australia di Melbourne Park.
ATP Finals: Novak Djokovic sertai Jannik Sinner dalam separuh akhir
Jannik Sinner menewaskan Holger Ruins untuk mengekalkan rekod kemenangan 100 peratusnya dalam ATP Finals awal pagi tadi, sekali gus turut memastikan kemaraan Novak Djokovic ke separuh akhir.
ATP Finals: Jannik Sinner raih kemenangan pertama berdepan Novak Djokovic di Turin
Jannik Sinner pamer kematangan di ATP Finals di Turin dengan kemenangan pertama kerjaya ke atas pemain nombor satu dunia Novak Djokovic.
ATP: Novak Djokovic tamatkan tahun ini sebagai pemain nombor satu dunia selepas tundukkan Holger Rune
Novak Djokovic memastikan dia akan menamatkan tahun ini sebagai pemain nomboer satu dunia buat kali kelapan selepas menewaskan Holger Rune dalam aksi pembukaan ATP Finals awal pagi tadi.
Tenis: Rafael Nadal sukar dijangka -- Lopez
Rafael Nadal mungkin sukar untuk menyamai koleksi 24 gelaran grand slam yang dimiliki Novak Djokovic tetapi pemain Sepanyol itu mampu menamatkan karier cemerlangnya dengan kejayaan terakhir di Roland Garros tahun depan.
Terbuka AS: Novak Djokovic tawan Grand Slam ke-24
Novak Djokovic menyampaikan berita buruk buat Carlos Alcaraz, Daniil Medvedev dan semua calon grand slam yang lain bahawa dia masih mahu meneruskan kariernya.
Terbuka AS: Novak Djokovic ke final singkir wakil muda tuan rumah
Pengalaman terbukti menjadi faktor lebih besar berbanding keremajaan apabila Novak Djokovic menumbangkan wakil tuan rumah, Ben Shelton, untuk ke final Kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) di New York awal pagi tadi.
Tenis Terbuka AS: Novak Djokovic padam impian peminat tuan rumah
Novak Djokovic kekal tenang dalam pertarungan di bawah panas New York untuk mara ke separuh akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) dan melakar rekod baru.
Ronaldo delivers another hat-trick as Al Nassr ease past Al Wedha
Ronaldo treble downs Al Wedha
Girona 4-2 Barcelona: Hosts secure Champions League football while ending Blaugrana's title hopes
Report: Girona 4-2 Barcelona
Real Madrid's LaLiga joy must be 'contained' ahead of Bayern meeting
Madrid's joy 'contained'
Haaland 'back to business' as Guardiola lauds four-goal Man City star in Wolves win
Pep: Haaland 'back to business'
IPL: Du Plessis shines as RCB revival continues against Titans
IPL: Du Plessis shines for RCB
Real Madrid clinch LaLiga title after Barcelona lose to Girona
Real Madrid win LaLiga
Manchester City 5-1 Wolves: Haaland scores four as rampant Citizens respond to Arsenal win
Report: Man City 5-1 Wolves
Sinner joins Alcaraz in withdrawing from Italian Open
Sinner out of home tournament
Verstappen clinches sprint victory at Miami Grand Prix, Hamilton hit with penalty
Verstappen charges to sprint win
Terzic hopeful of Wembley send-off for Dortmund hero Reus
Terzic wants dream Reus send-off