Rangkuman 50 Terbaik kalendar sukan tempatan & antarabangsa sepanjang tahun 2023.

50. WARNA-WARNI KL STANDARD CHARTERED MARATHON

Saingan Kuala Lumpur Standard Chartered Maraton, KLSCM tahun ini berlangsung penuh meriah dengan penganjuran 2023 ini merekodkan penyertaan terbesar dengan lebih 40,000 peserta selain menerima pengiktirafan 'Road Race Label' oleh badan induk Olahraga Dunia.


Penganugerahan itu secara tidak langsung menjadikan larian kali ini menjadi acara pertama di Malaysia dan yang kelima di Asia Tenggara yang menerima pengiktirafan berkenaan.
Kategori terbuka lelaki menyaksikan Kiprop Tonui dari Kenya muncul juara selepas terpantas melintasi garisan penamat dengan catatan masa 2 jam 13 minit 49 saat. Kiprop yang empat kali menduduki tempat kedua dalam kategori itu sebelum ini berkata, strategi yang digunakan dalam perlumbaan adalah hasil latihannya di Kenya
Sementara kategori terbuka Wanita milik Beatrice Jelagat Cherop. Pelari dari Kenya itu mencatat masa 2 jam 32 minit 51 saat untuk memadam rekod sebelum ini yang dilakar Rose Kerubo Nyangacha pada 2011.

49. TOUR DE FRANCE – JONAS VINGEGAARD JUARA

Buat kali kedua pelumba Belanda, Jonas Vingegaard menjulang kejuaraan Tour de France buat kali kedua berturut-turut.


Vingegaard buat ‘gap’ besar dengan pencabar terdekatnya, Tadej Pogacar.

48. KRIKET PIALA DUNIA AUSSIE BENAM INDIA

Australia cipta sensasi lepas kejutkan India di aksi final untuk mendakap gelaran keenam Piala Dunia.

Anak buah Andrew Mcdonald membuatkan lebih 100 ribu penyokong tuan rumah, India terkedu di Stadium Narendra Modi, Ahmedabad sekaligus menghapus rekod kemenangan bersih 240 perlawanan India menerusi kemenangan dengan kelebihan 6 wicket.


Kemenangan Australia ini juga memanjangkan record Australia sebagai pasukan paling berjaya dalam sejarah Piala Dunia.

47. ASTRO BATTLEGROUND

Astro menganjurkan pertandingan tarian jalanan terbesar di Malaysia, Battleground Malaysia : Road to Gold yang menyaksikan Kayllash Thiagarajan atau lebih mesra disapa Kay muncul juara kategori individu sekaligus menjadi pemilik habuan bernilai RM25,000 sumbangan Kementerian Belia dan Sukan, KBS.


Pasukannya, Pasukan Danny turut diangkat sebagai juara kategori berkumpulan selepas menumpaskan Pasukan Legosam sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 sumbangan KBS.

46. DENVER NUGGGETS JULANG NBA

Denver Nuggets menjulang kejuaraan NBA buat kali pertama selepas menewaskan Miami Heat 94-89..
Kebangkitan di game kelima menyaksikan Nuggets memastikan kemenangan menyaksikan hanya 10 pasukan setakat ini yang masih gagal menjulang kejuaraan NBA.
Watak utama yang membawa kepada kemenangan Nuggets tentunya Nikola Jokic gara-gara membantu kebangkitan Nuggets yang ketinggalan 10 mata di suku kedua untuk memenangi perlawanan. Hasilnya pemain Serbia ini mencatat 28 mata dan 16 rebound.

Keseluruhannya Jokic merekodkan 600 mata, 269 rebound dan 190 assist dalam 20 perlawanan untuk dia jadi pemain NBA pertama dalam sejarah yang berjaya raih rekod cemerlang seperti ini dalam 20 perlawanan!

45. FRANCESCO BAGNAIA DAN MOTOGP

Francesco Bagnaia jadi pelumba pertama yang cemerlang mempertahankan nombor plate #1 di saingan motogp selepas Mick Doohan.

Pelumba Ducati ini juga jadi pelumba pertama yang menang saingan kelas perdana berturut-turut sejak Marc Marquez lakukannya pada 2019.

Tujuh rekod luar biasa dicatat Bagnaina di saingan musim ini antaranya pelumba pertama Ducati yang dinobat juara Motogp dua kali selepas Casey Stoner melakukannya pada 2007, pelumba ketiga Itali yang jadi juara saingan perdana dua kali, pelumba ketiga yang mencetak gelaran juara motogp dua tahun berturut-turut selepas Valentino Rossi dan Marc Marquez.

15 kemenangan podium menjadikannya mengatasi rekod Stoner yang raih 14 kemenangan podium.

44. SENSASI ANIQ KASDAN

Badang negara, Aniq Kasdan meletakkan sasaran untuk sekurang-kurangnya membawa pulang pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris tahun depan selepas atlet kelahiran Johor ini memecah rekod kebangsaan untuk kategori 61 kg di Kejohanan Angkat Berat Antarabangsa di Doha, Qatar.

Aniq yang beraksi dalam Kumpulan C membuat angkatan seberat 126 kg dalam acara snatch sebelum mengukuhkan kedudukan menyempurnakan angkatan 170 kg bagi kategori clean and jerk.

Dengan ini Aniq merekodkan angkatan keseluruhan sebanyak 296 kg sekaligus memecahkan rekod kebangsaan yang diciptanya sebelum ini iaitu 291 kg sekaligus membolehkan Aniq meraih dua pingat dalam kategori 61 kg iaitu pingat perak untuk ‘clean and jerk’ dan gangsa untuk berat keseluruhan.

43. DHABITAH PILIH JIGGY MASIN

Dengan sekali lafaz, pelawak Jiggy Masin sah bergelar suami kepada penerjun berusia 24 tahun negara, Nur Dhabitah Sabri. Pemenang pingat emas lima kali Sukan SEA ini akhirnya mengumumkan perkahwainan mereka pada 28 April lalu selepas majlis akad nikah diadakan secara tertutup dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Tempoh setahun pengenalan selepas mula berkawan menerusi sesi fotografi bersama ternyata membawa kepada khabar gembira ini dengan keduanya selamat melangsungkan majlis resepsi November lalu selepas Dhabitah selesai memikul tanggungjawab mengharumkan nama negara di Sukan Asia Hangzhou Oktober lalu.

42. LEONG MUN YEE BERGELAR IBU

Tanggal 30 Mei 2023 tentunya menjadi detik keramat buat bekas ratu terjun negara, Datuk Leong Mun Yee sebaik dia selamat melahirkan dan menimang cahaya mata sulungnya, anak lelaki yang diberi nama Jia Kang.

Mun Yee mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya pada pertengahan tahun lalu selepas penerjun kelahiran Ipoh, Perak ini menamatkan 28 tahun kariernya sebagai atlet.

Jangan ketinggalan untuk saksikan Terbaik 2023 Nadi Arena yang akan bersiaran pada 31 Disember 2023, jam 7.30 malam untuk imbasan dan bingkisan momen-momen terbaik tahun ini.

Juga fokus dan kalendar penting tahun hadapan bersama program Ayuh 2024 yang akan bersiaran pada 1 Januari 2024, jam 7.30 malam.

Semuanya di Astro Arena saluran 801 & Astro Go!

Undi Best of 2023 di sini! #Bestof2023