Kemungkinan besar tiada program-program larian diadakan di Sabah sehingga akhir tahun ini berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara.
Presiden Kelab Peminat Sukan Ekstrem Sabah dan Labuan, Steve Johnny Mositun, berkata pihaknya menerima hakikat program larian adalah antara yang tidak boleh dianjurkan sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini kerana acara itu membabitkan ramai orang.
"Kita pun tidak tahu bila Covid-19 ini dan PKP (Perintah Kawalah Pergerakan) berakhir, namun hakikatnya, program larian adalah antara yang tidak boleh dianjurkan sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini kerana acara ia melibatkan ramai orang.
"Sebagaimana tahun-tahun sebelum ini, acara-acara larian yang kami anjurkan disertai ramai orang termasuk dari luar negara, ada mencecah ribuan orang tetapi nampaknya tidak ada larian yang dapat dianjurkan sehingga akhir tahun ini," katanya.
Steve adalah individu yang sering terbabit menganjurkan atau menyelia program-program sukan lasak termasuk larian di Sabah dan Labuan.
Beliau, yang juga pengarah urusan Casero Events serta Timbalan Pengerusi Majlis Belia KDCA, berkata pihaknya hanya sempat mengelolakan sukan lasak Duathlon Labuan 2020 pada awal Mac lalu.
"Kami sudah dan sedang merancang beberapa lagi program larian dan sukan lasak selepas acara Duathlon Labuan tetapi semuanya tergendala ekoran kehadiran Covid-19," katanya.
Tambahnya, antara yang sudah dalam perancangan tetapi mungkin akan dibatalkan atau ditunda ialah Sungkadon Obstacle Run 2020 yang sepatutnya berlangsung di Papar pada Ogos depan.
Program lain yang biasa dikelolakan Steve setiap tahun yang tidak dapat dianjurkan tahun ini atau ditunda adalah Kokol Nature Adventure, Hongkod Run dan Cabaran Ruhiang Kiulu serta acara permotoran.
"Buat masa ini, kita hanya mampu berharap Covid-19 ini akan segera terhapus dan saya juga berharap kepada semua, terutama peminat dan pengamal sukan lasak termasuk larian, marilah bersama-sama memainkan peranan menamatkan Covid-19 dengan mematuhi nasihat KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia)," katanya lagi.
Willie Jude
Tue May 05 2020


Ironman: Desaru bakal terus jadi venue pilihan -- CG Lim
Pengarah Ironman rantau Asia, CG Lim berharap Desaru akan terus menjadi venue pilihan 'multisport festival' untuk beberapa tahun yang akan datang.

Mungkin tiada program larian di Sabah tahun ini
Kemungkinan besar tiada program-program larian diadakan di Sabah sehingga akhir tahun ini berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Sukan SEA: Skuad boling bersaing sengit rebut tempat
Kejohanan Boling Terbuka Thailand dan Macau menjadi sandaran buat atlet boling negara, Ahmad Muaz Fishol, untuk membuktikan dia layak berada dalam senarai akhir skuad negara bagi menghadapi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur.

Minggu gemilang buat sukan Malaysia
Minggu yang sibuk dan padat dengan kejayaan dalam kalendar sukan Malaysia hujung minggu lalu.

I’m living two incredible jobs – New mum Toni Duggan relishing WSL return
The England forward made a substitute appearance for Everton against Brighton six months after giving birth.

Conor Murray lauds Ireland ability to switch focus ahead of Scotland showdown
Ireland have work to do against Scotland to avoid an early World Cup exit.

Marsch, Hasenhuttl or McInnes – who could be in contention for Rangers post?
Rangers sacked Michael Beale on Sunday.

Asian Games: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik through after impressive comeback wins
Lee Zii Jia and Aaron Chia-Soh Wooi Yik had to dig deep to post gritty victories over their opponents and be among Malaysian shuttlers to get past the first round in Asian Games individual events.

Michael Beale calls for Rangers unity as he wishes club the best after sacking
Beale was dismissed on Sunday night after a poor start to the season.

Luke Donald ‘would consider’ continuing as Europe captain for 2025 Ryder Cup
Rory McIlroy led the calls for Donald to lead the side again at Bethpage in 2025.

Football rumours: Juventus seeking new long-term deal for Adrien Rabiot
The midfielder turned down an approach from Manchester United during the summer.

Big guns fire, Donald’s picks pay off but US tensions boil over – Ryder Cup Q&A
We look at the key questions surrounding the 44th contest.

Can England defend their crown? – World Cup talking points
The tournament takes place in India.

5 players to watch at the Cricket World Cup in India
England take on New Zealand in Thursday’s tournament opener.