Kejohanan Boling Terbuka Thailand dan Macau menjadi sandaran buat atlet boling negara, Ahmad Muaz Fishol, untuk membuktikan dia layak berada dalam senarai akhir skuad negara bagi menghadapi Sukan SEA Kuala Lumpur.
Skuad boling negara menyaksikan persaingan dalam kalangan atletnya bagi merebut tempat dalam temasya itu dari 19 hingga 30 Ogos depan.
Antara yang menjadi pilihan sudah pastilah Rafiq Ismail yang juga juara saingan individu yang dirakamkannya dua tahun lalu di Singapura selain pengalaman yang dimiliki Alex Lim.
Tidak mahu ketinggalan, Muaz turut berharap tersenarai dalam skuad negara dan mengharapkan persembahan cemerlang di Thailand serta Macau nanti dapat dijadikan ukuran kemampuannya.
"Perancangan skuad boling berjalan lancar, cuma masih dalam sesi pemilihan dan saya masih tak pasti bilakah senarai akhir atlet ke Sukan SEA akan diumumkan.
"Ini kerana kelapan-lapan atlet yang merebut tempat sedang bersaing sengit.
"Susah untuk menjangka peluang masing-masing," katanya.
Dalam edisi 2015, Muaz meraih dua pingat emas menerusi acara trio dan lima sepasukan lelaki.
Ketika itu, Malaysia diwakili Muaz, Rafiq, Adrian Ang, Alex, Timmy Tan serta Jonathan Chan.
Walaupun ingin mencapai impian untuk bergelar juara dalam saingan individu, Muaz lebih selesa untuk mempertahankan emas yang dimenanginya itu terlebih dahulu.
"Peluang itu ada dan saya akan cuba memberikan yang terbaik.
"Kami berasa agak tertekan kerana bakal beraksi di laman sendiri, maka tekanannya akan lebih tinggi berbanding sebelum ini."
Astro Arena
Fri May 19 2017


Ironman: Desaru bakal terus jadi venue pilihan -- CG Lim
Pengarah Ironman rantau Asia, CG Lim berharap Desaru akan terus menjadi venue pilihan 'multisport festival' untuk beberapa tahun yang akan datang.

Mungkin tiada program larian di Sabah tahun ini
Kemungkinan besar tiada program-program larian diadakan di Sabah sehingga akhir tahun ini berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Sukan SEA: Skuad boling bersaing sengit rebut tempat
Kejohanan Boling Terbuka Thailand dan Macau menjadi sandaran buat atlet boling negara, Ahmad Muaz Fishol, untuk membuktikan dia layak berada dalam senarai akhir skuad negara bagi menghadapi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur.

Minggu gemilang buat sukan Malaysia
Minggu yang sibuk dan padat dengan kejayaan dalam kalendar sukan Malaysia hujung minggu lalu.

Steve Smith: Jack Leach will leave big shoes to fill for England in the Ashes
Leach will not face Australia due to a back injury.

Where might Lionel Messi go next after Paris St Germain spell ends?
An option to extend his stay with the Ligue 1 champions has not been activated.

Thilo Kehrer’s excitement rises ahead of the chance to achieve his West Ham goal
The Hammers last lifted a major trophy in 1980.

Charlton owner Thomas Sandgaard agrees to sell club to SE7 Partners
Former Sunderland co-owner Charlie Methven is a director of SE7 Partners.

Ange Postecoglou agrees to leave Celtic for Tottenham – reports
Postecoglou has reportedly agreed to become Spurs manager.

Kasatkina hits out at French Open crowd over booing after defeat to Svitolina
The ninth seed respected Svitolina’s stance of not shaking hands with Russian players.

The spinners England could turn to after losing injured Jack Leach for Ashes
Leach will play no part in this summer’s clashes with Australia due to a back injury.

Josh Tongue proud of England debut and thriving in ‘no-pressure’ environment
The Worcestershire seamer took five for 66 in Ireland’s second innings at Lord’s.

Kane, Mbappe and Osimhen – A look at Real Madrid’s possible striking targets
Karim Benzema is leaving the Bernabeu after scoring 354 goals in 648 appearances for the Spanish giants.

'Aku cinta kamu', Lin Dan jokingly tells Chong Wei
Amidst Lee Chong Wei's BWF Hall of Fame fiasco, a heartwarming video of the Malaysian legend teaching Lin Dan how to speak Bahasa Melayu emerged.