Team SMG memastikan tempat dalam Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M5 di Manila bulan depan selepas meraih slot final Wild Card di JioSpace, Petaling Jaya hari ini.

Selepas mendahului Kumpulan A dengan kemenangan bersih dalam tiga perlawanan, wakil negara itu kemudian menumbangkan pasukan dari Peru, Imperio, 3-1 dalam aksi kalah mati crossover.

Sebagai rekod, ia akan menjadi penampilan kedua Team SMG dalam Kejohanan Dunia selepas melakukan penampilan pertama dalam M3 di Singapura dua tahun lalu.

Kedit foto: Team SMG