Moontoon Games menjadikan Stadium Majlis Bandaraya Serdang Jaya (MBSJ) sebagai pilihan untuk penganjuran ESports MLBB Malaysia 2024: New Era.

Venue ini mampu menampung 1,000 peminat berbanding 600 orang di Bukit Jalil, tahun lalu.

Malah, Wang kemenangan keseluruhan bernilai $20,000 (RM95,090) turut menjadi tarikan dengan 10 pasukan akan bertarung dalam saingan utama musim ke-13 ini yang bermula 29 Mac ini.


Dalam majlis perasmiannya di The Exchange TRX sebentar tadi, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Halim, berkata: "Ini merupakan era baru, dipenuhi peluang. Bersama-sama, kita menyahut masa depan e-sukan, mengembangkannya sebagai pelantar terbaik pertandingan, komuniti dan kebanggaan negara.





Semalam, Bountee Esports dan Monster Vicious merupakan dua wakil yang mari ke pusingan 'regular season' selepas melolosi peringkat kelayakan untuk mencabar HomeBois, TODAK, RSG Malaysia, MPX NSEA, Barracuda Esports, King Empire, Selangor Red Giants dan Team HAQ.

Juara musim ke-13 juga akan layak untuk merebut ganjaran terbesar merebut dalam sejarah sebanyak $3 juta (RM12.3j) menerusi MLBB Mid Season Cup (MSC) di Riyadh, Arab Saudi.

Dalam masa sama, format musim ini turut merangkumi segmen yang meliputi pelbagai lapisan masyarakat, antaranya pelajar, orang kurang upaya (OKU) dan wanita.