Keith Moh mengakui goyah di permulaan perlumbaan yang membuatkannya ketinggalan dua petak di belakang pendahulu sebelum mula menghambat untuk muncul juara kategori junior Kejuaraan Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) E-sport 2024.

Anak didik bimbingan pelumba simulator, Naquib Azlan, itu berkongsi dia hanya mengambil masa untuk membuat persiapan selama dua minggu selain bijak membahagi masa di antara persekolahan dengan kariernya sebagai atlet pada usia muda.

Dia juga meletakkan hasrat untuk berlumba di atas trek berbanding simulator pada masa hadapan.

"Dalam sesi kelayakan, saya berasa gemuruh berikutan posisi semasa.

"Tapi dalam pusingan pertanam saya berjaya memintas pencabar terdekat sementara Wan Rayyan dikenakan penalti.

"Saya akan berlatih empat kali setiap minggu tapi saya berharap dapat berlumba dengan kereta sebenar," katanya di Nadi Weekend.

Keith mendahului Matthew Chu dengan perbezaan masa 2.26 saat di hadapan, manakala Matthew meninggalkan Wan Rayyan Muhsin dengan jurang masa 10.75s di hadapan.