Petinju profesional negara, Farkhan Haron, membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mengenai permintaan untuk membantu kontinjen Kedah menjelang saingan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak.
Sanusi sebelum ini tular apabila meminta bantuan daripada kerajaan Sarawak untuk membantu kontinjen Kedah untuk menampung sebahagian daripada kos penghantaran kontinjen Kedah ke Sukma.
Menerusi laman sosial peribadi, Farkhan memberikan pandangan terhadap isu tersebut, menyatakan pengorbanan yang telah dilakukan oleh negeri borneo itu setiap kali menghadapi kejohanan di Semenanjung Malaysia.
"YAB Datuk Seri, pada pandangan peribadi saya, tidak perlulah Datuk Seri mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa bagi mendapat perhatian Kerajaan Negeri Sarawak kerana selain mengeluarkan dana yang besar bagi penganjuran Sukan Malaysia, Sarawak telah mengeluarkan dana yang besar bagi menampung segala jenis kejohanan peringkat kebangsaan, SUKMA, bola sepak dan lain-lain program yang wajib mereka sertai di Semenanjung Malaysia.
"Sebagai seorang Menteri Besar, beliau perlu lebih peka dan sensitif dalam mengeluarkan kenyataan tanpa menyinggung perasaan mana mana pihak kerana sebagai seorang pemimpin seharusnya beliau perlu lebih banyak membaca, menjaga tatasusila dan adab kerana setiap gerak geri dan kenyataan beliau bukan sahaja mencerminkan pendirian kerajaan negeri tetapi akan memberi kesan jangka panjang terhadap Negeri Kedah itu sendiri.
"YAB Datuk Seri, Kedah sememangnya merupakan salah satu daripada 14 negeri di dalam negara kita, Malaysia. Penubuhan Sukan Malaysia (SUKMA) adalah untuk menyatu padukan seluruh rakyat Malaysia melalui sukan dan untuk kita mencari bakat dan pelapis muda yang akan menjadi aset dan atlet bertaraf dunia. Jangan disebut soal semangat kesukanan jika kita tidak faham maksud dan istilah berkenaan. Kewajaran setiap negeri untuk menyertai SUKMA adalah perlu, dalam menunjukkan sokongan kita terhadap tuan rumah di dalam penganjuran mereka.
"Mungkin YAB terlupa dan belum wujud ketika negeri Kedah menjadi tuan rumah SUKMA pada tahun 2006, dan saya masih ingat dengan jelas pada waktu itu kerana saya adalah salah seorang pemenang Pingat Emas bagi edisi tersebut. Negeri Sarawak dan Sabah tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan untuk memohon Kerajaan Negeri Kedah menampung sebarang kos menyertai kejohanan SUKMA Kedah 2006.
"Cukup cukuplah YAB dalam mencari publisiti atau cubaan menjadi Hero. Kita perlu renung dan muhasabah diri bagaimana sahabat Borneo kita yang sentiasa hadir dalam menjayakan apa jua acara dan program untuk bersama rakan rakan Semenanjung mereka dari 1963 sehingga kini tanpa gagal.
"Unity is Beauty."
Ammar Hakim
Sun Jul 14 2024
Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan 2024: Kedah ke penentuan tempat kelima tewaskan Negeri Sembilan
Kedah berjaya menempah slot ke penentuan tempat kelima setelah menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 41-26 Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan 2024 yang berlangsung di Stadium Juara Bukit Kiara.
Jentera serangan Kedah mula hadirkan kebimbangan, kata jurulatih
Perlawanan derbi utara Liga Super minggu ke-17 di antara Kedah Darul Aman menentang penang berakhir dengan keputusan 1-0 berpihak kepada pasukan tuan rumah.
Terima kasih Kedah -- Nafuzi Zain
Nafuzi Zain secara rasminya mengumumkan peletakan jawatan selaku pengendali utama Sang Kenari yang berkuat kuasa serta merta.
Liga Super: Kedah tewas kecergasan kepada PDRM -- Nafuzi Zain
Masalah kecergasan yang dihadapi oleh Kedah Darul Aman (KDA) FC menjadi punca mereka diikat 1-1 pada saingan Liga Super 2024-2025 di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat.
Liga Super: Haqimi Azim tidak mahu pandang rendah cabaran Kedah Darul Aman
Penyerang muda Kuala Lumpur City, Haqimi Azim Rosli, mahu membalas kepercayaan ketua jurulatihnya Miroslav Kuljanac selepas menjadikan dirinya peluang untuk beraksi pada saingan Liga Super 2024/2025 musim ini.
Piala FA: Kedah serba kekurangan bertandang ke SSI
Kedah berdepan misi mustahil untuk membawa cabaran ke final Piala FA apabila tanpa empat tonggak utama bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.
Remaja meninggal dunia selepas rebah di Stadium Darul Aman sebelum perlawanan
Seorang remaja lelaki rebah semasa berada di tempat duduk penonton ketika hadir ke Stadium Darul Aman di sini bagi menyaksikan perlawanan Piala FA pasukan Kedah Darul Aman menentang Johor Darul Takzim petang semalam.
SUKMA 2024: Sanusi 'tidak sensitif', cukuplah cari publisiti, jadi hero -- Farkhan Haron
Petinju profesional negara, Farkhan Haron, membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, mengenai permintaan untuk membantu kontinjen Kedah menjelang saingan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak.
SUKMA 2024: Rasakan apa yang Sabah, Sarawak alami selama ini
Menteri Sarawak menolak cadangan Menteri Besar Kedah, Sanusi Nor, agar negeri Borneo itu membantu menampung sebahagian daripada kos penghantaran kontinjen Kedah ke Sukan Malaysia (Sukma).
Liga Super: Rezal Zambery optimis kemampuan anak buah kejutkan Kedah Darul Aman
Kelab Pantai Timur tanah air, Kelantan Darul Naim (KDN), mahu memburu kemenangan kedua saingan Liga Super Malaysia bagi mendapatkan tiga mata penuh seterusnya menentang Kedah di Stadium Darul Aman, esok.
Hurzeler hoping to improve dressing room morale ahead of Villa test
Preview: Aston Villa v Brighton
Arsenal winger Saka vows to 'come back stronger' after surgery
Saka vows to 'come back stronger'
Lazio 1-1 Atalanta: Brescianini goal helps visitors stay top of Serie A
Report: Lazio 1-1 Atalanta
Inzaghi reaffirms faith in Martinez after Inter captain ends goal drought
Inzaghi reaffirms faith in Martinez
Kyrgios says Sinner and Swiatek doping cases 'disgusting' for tennis
Doping horrible for tennis: Kyrgios
Norris has 'what it takes' to win 2025 F1 Drivers' Championship
Norris can win 2025 F1 title
New Zealand captain Santner hails Duffy after win over Sri Lanka
NZ captain Santner hails Duffy
Jansen admits South Africa face tough challenge to beat Pakistan
Jansen admits big task in 1st Test
'I want to be here' – Guardiola certain on future with crisis club Man City
Pep: 'I want to be here'
Alisson urges Liverpool to create their own history
Alisson tells Reds to make history