Nafuzi Zain secara rasminya mengumumkan peletakan jawatan selaku pengendali utama Sang Kenari yang berkuat kuasa serta merta.
Segelintir penyokong tempatan berpendapat bahawa isu kewangan yang membelenggu kelab tersebut menjadi faktor utama bekas pengendali Terengganu itu mengangkat kaki daripada pasukan berkenaan.
Berkongsi menerusi Instagram, Nafuzi mengucapkan terima kasih kepada Kedah atas perjalanan bersama kelab itu.
"Berat untuk membuat keputusan namun saya memilih untuk tidak lagi bersama Kedah Darul Aman FC. Perlawanan menentang Kuala Lumpur City FC tempoh hari menjadi perlawanan terakhir saya selaku ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC. Sudah tentu setiap keputusan yang dibuat akan memberi impak namun saya percaya akan ada pelangi selepas hujan dan pasukan akan terus melakar kejayaan selepas ini.
"Perjalanan yang sangat indah bersama keluarga KDA FC. Segala suka dan duka ditempuhi bersama demi memberi kejayaan kepada seluruh penyokong hijau kuning. Segala kenangan di sini sememangnya sukar untuk saya lupakan. Kelab ini sangat luar biasa.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemilik KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar kerana memberi peluang melaksanakan tugas memacu kelab yang penuh bersejarah ini.
"Kepada pemain, saya sangat berbangga dengan komitmen latihan di dalam padang sehingga ke perlawanan. Kerjasama yang ditunjukkan di setiap perlawanan sangat membanggakan. Tidak putus asa sehingga ke wisel penamat. Berjuanglah sejiwa murni dalam perlawanan akan datang.
"Terima kasih juga kepada semua pegawai yang sentiasa memberi komitmen sangat tinggi buat pasukan di belakang tabir dan juga di padang latihan. Semua sudah saya anggap seperti keluarga saya sendiri."
"Buat penyokong yang sentiasa menyokong pasukan KDA FC ketika jatuh dan bangun. Tiada ayat dapat diungkapkan mengenai semangat penyokong. Terima kasih kerana sentiasa menyokong. Anda adalah antara penyokong yang hebat demi mempertahankan legasi Kedah Darul Aman. Teruskan berada di belakang pasukan.
"Akhir sekali, semoga pasukan Kedah Darul Aman FC menjadi kelab yang berjaya suatu hari nanti. Kedah tetap berada dalam hati saya selama-lamanya. Terima kasih semua! Pulun Kedah Pulun!"
Ammar Hakim
Mon Nov 25 2024
Ivan Mamut kembali menjelang tempoh getir Terengganu
Ketua jurulatih Terengganu, Badrul Afzan Razali, mengakui tugas sukar menanti pasukannya berikutan jadual padat yang bakal dihadapi bermula awal tahun depan.
Jentera serangan Kedah mula hadirkan kebimbangan, kata jurulatih
Perlawanan derbi utara Liga Super minggu ke-17 di antara Kedah Darul Aman menentang penang berakhir dengan keputusan 1-0 berpihak kepada pasukan tuan rumah.
Liga Super: PDRM pamer aksi terbaik -- P. Maniam
Hatrik separuh masa pertama Ifedayo Olusegun membantu PDRM mencatatkan kemenangan besar 5-0 ke atas Kelantan Darul Naim dalam aksi Liga Super semalam.
Liga Super: Ledak hatrik kemudian dilayang kad merah, Ifedayo warnai kemenangan PDRM
PDRM mempamerkan prestasi penuh bertenaga ketika melakar kemenangan 5-0 ke atas Kelantan Darul Naim dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebentar tadi.
Liga Super: Stefano Brundo sedia pacu Tok Gajah gempur JDT
Pertahanan Sri Pahang, Stefano Brundo, memberikan isyarat dirinya dalam keadaan bersedia untuk membantu pasukan menjelang saingan minggu ke-17 Liga Super 2024/25 berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.
Piala AMEC: Singapura perlu segera cari galang ganti Safuwan Baharudin
Ketiadaan ketua pasukan, Safuwan Baharudin, diratapi Singapura yang menuntut mereka untuk mencari penyelesaian segera untuk berentap dengan Thailand dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Nasional Singapura, petang ini.
Ultimate Liga Super Fantasy: Rancang kesebelasan terbaik anda menjelang minggu ke-17 Liga Super
Ultimate Liga Super Fantasy minggu ke-16 menyaksikan MKanwar berjaya meraih mata tertinggi iaitu sebanyak 1117 mata dan menduduki tempat pertama carta.
Nadi Bola Latihan Pasukan: Mampukah Sri Pahang membuat kejutan dan cipta kemenangan ke atas JDT
Sehari sebelum sepak mula, ikuti perkembangan tiga perlawanan Liga Super yang akan berlangsung esok iaitu membabitkan Kuala Lumpur City menentang Negeri Sembilan, Perak bertemu Selangor dan Pahang jumpa Johor Darul Ta'zim (JDT).
Best of 2024: Tragedi pilu melanda Faisal Halim detik paling terkesan dalam kalendar sukan 2024 buat Fatin Ruzaiman
Tragedi penyerang Selangor, Faisal Halim, menjadi detik paling terkesan dalam kalendar sukan 2024 buat wartawan Astro Arena, Fatin Ruzaiman dan seluruh rakyat Malaysia.
ACLE: JDT kini harapan tunggal Liga-M jamin slot di pentas Asia
Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor John, bertegas slot Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) untuk Malaysia kini bergantung sepenuhnya kepada Johor Darul Ta'zim (JDT).
Hurzeler hoping to improve dressing room morale ahead of Villa test
Preview: Aston Villa v Brighton
Arsenal winger Saka vows to 'come back stronger' after surgery
Saka vows to 'come back stronger'
Lazio 1-1 Atalanta: Brescianini goal helps visitors stay top of Serie A
Report: Lazio 1-1 Atalanta
Inzaghi reaffirms faith in Martinez after Inter captain ends goal drought
Inzaghi reaffirms faith in Martinez
Kyrgios says Sinner and Swiatek doping cases 'disgusting' for tennis
Doping horrible for tennis: Kyrgios
Norris has 'what it takes' to win 2025 F1 Drivers' Championship
Norris can win 2025 F1 title
New Zealand captain Santner hails Duffy after win over Sri Lanka
NZ captain Santner hails Duffy
Jansen admits South Africa face tough challenge to beat Pakistan
Jansen admits big task in 1st Test
'I want to be here' – Guardiola certain on future with crisis club Man City
Pep: 'I want to be here'
Alisson urges Liverpool to create their own history
Alisson tells Reds to make history