Kelab Pantai Timur tanah air, Kelantan Darul Naim (KDN), mahu memburu kemenangan kedua saingan Liga Super Malaysia bagi mendapatkan tiga mata penuh seterusnya menentang Kedah di Stadium Darul Aman, esok.

Selepas berjaya mengatasi cabaran daripada PDRM, skuad kendalian Rezal Zambery Yahya mahu mengekalkan momentum positif untuk sekurang-kurangnya mencuri mata bagi meningkatkan keyakinan di kalangan pemain.

Namun, pasukan KDN sedia berwaspada ancaman daripada anak-anak buah Nafuzi Zain yang mampu mencipta kejutan menerusi serangan daripada pemain kebangsaan Syafiq Ahmad sambil dibantu oleh Sony Norde dan Habib Haroon.

Menurut pemain import, Michal Jerabek, KDN mampu melakar persembahan memukau dengan melaksanakan strategi dan taktikal pihak kejurulatihan untuk menjelmakan sebuah kemenangan di tempat lawan.