MALAYSIA 3 THAILAND 1

Skuad hoki wanita negara membuka kempen Piala Remaja Asia Wanita 2024 dengan langkah kanan apabila menewaskan Thailand 3-0 dalam aksi Kumpulan A di Muscat, Oman malam tadi.

Dalam perlawanan itu, ketiga-tiga jaringan Malaysia terhasil daripada gerakan pukulan sudut penalti.

Nurshamine Azureen Mohammed Badusha membuka jaringan buat negara pada minit kesembilan sebelum Nur Syahirah Azwan menggandakannya pada minit ke-31.

Skuad negara kemudian menambah satu lagi gol dalam separuh masa kedua hasil penyudah Nor Zulaikha Nazihah Tamjit pada minit ke-54.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia menduduki tangga kedua di belakang China, yang membelasah Bangladesh 19-0 dalam satu lagi perlawanan.

Skuad negara seterusnya akan berdepan pasukan pilihan, India, bagi aksi seterusnya esok.