Pengumpan baru Melaka Titans, Muqlis Burhan, sedia memacu pasukan itu menduduki tangga teratas Liga Sepak Takraw (STL) Diviseyn 1 musim ini, sekali gus layak ke Divisyen Perdana musim depan.

Menjelang pembukaan Liga Divisyen 1 pada 26 Ogos ini, Muqlis menyerdari minat mendalam penyokong Melaka terhadap sukan sepak takraw dan mahu menjadikannya sebagai azimat untuk memburu misi berkenaan.

"Insya-Allah kami akan melakukan yang terbaik dan sudah semestinya kami mahukan semangat daripada penyokong-penyokong Melaka," katanya ketika bercakap sebagai tetamu jemputan dalam Nadi Weekend sebentar tadi.

"Apa yang saya tahu, penyokong Melaka ini memang gila sebenarnya. Saya pernah beraksi dalam Kejohanan Tun Ali sebelum ini dan suasana yang diberikan penyokong Melaka memang cukup baik.

"Jadi, ia akan menjadi satu kelebihan untuk pasukan kami," katanya.