Perak Bison menebus kecewa gagal ke final di laman sendiri apabila muncul pemenang tempat ketiga GP Perak, Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) dengan menewaskan ATM Guardians 2-0 di Stadium Indera Mulia, Ipoh sebentar tadi.

Finalis GP Selangor itu menurunkan trio terbaik dibarisi Kritsada Sungvung (tekong) Asyraf Hadi (pengumpan) dan Noraizat Nordin (perejam).

Dengan sorakan padu penyokong, Bison mencatatkan kemenangan 15-12, 15-11 dalam penentuan tempat ketiga berkenaan, yang berlangsung selama sejam.

Sebagai rekod, Bison gagal ke final selepas tewas kepada juara dua GP lalu, Kuala Lumpur Thunder, petang tadi.