Saingan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2024 bukan sekadar dapat dinikmati peminat sukan negara, bahkan ia turut disiarkan di tiga negara lain.

Negara berkenaan ialah Fiji, Afghanistan dan Republik Mauritius.

Mereka yang di Fiji boleh menyaksikan perlawanan STL menerusi tayangan Fiji Brodcasting Centre manakala Ariana Radio & Television Network pula bertanggungjawab sebagai penyiar di Afghanistan.

Dalam pada itu, Mauritius Boradcasting Corporation pula dipilih sebagau penyiar STL di republik berkenaan.

Divisyen Perdana STL ketika ini sudah memasuki pusingan ketiga dan sedang berlangsung Grand Prix Perak di Stadium Indera Mulia, Ipoh.