Toni Kross mengucapkan selamat tinggal yang penuh emosi kepada peminat Real Madrid di Santiago Bernabeu yang penuh sesak dalam perlawanan seri 0-0 dengan Real Betis.

Kroos, salah seorang pemain paling berjaya di madrid, telah mengesahkan minggu ini bahawa dia akan bersara selepas Euro 2024.

Ini menjadikan perlawanan Sabtu dengan Real Betis sebagai perlawanan LaLiga terakhirnya untuk Madrid.

Kross menahan air mata ketika berjalan ke padang melalui koridor yang dibentuk oleh rakan sepasukannya sementara peminat memegang bendera besar dengan kata-kata "Terima kasih, legenda".

Pada minit ke-87, Kroos menangis apabila tendangan percumanya diselamatkan oleh Fran Vieites.

Perlawanan terheti selama beberapa minit ketika Kroos memeluk setiap rakan sepasukannya serta jurulatih, Carlo Ancelotti.