Ronald Koeman berkata dia akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya kekalahan 3-2 Belanda kepada Austria dalam aksi terakhir Kumpulan D, Euro 2024 di Berlin awal pagi tadi.
Ini selepas tekanan terhadap ketua jurulatih Oranje itu kian memuncak susulan kekalahan berkenaan.
Terdahulu, Belanda terpaksa bangkit sebanyak dua kali hasil jaringan Memphis Depay dan Cody Gakpo, dan kelihatan akan menamatkan saingan selaku naib juara Kumpulan D.
Bagaimanapun, gol kemenangan Marcel Sabitzer memastikan Austria bimbingan Ralf Rangnick muncul juara kumpulan itu selepas Perancis dan Poland terikat 1-1 dalam satu lagi perlawanan.
Kekalahan itu juga menyaksikan Belanda menamatkan pusingan awal berkenaan di tempat ketiga dan berpotensi untuk bertemu England dalam pusingan 16.
"Saya akan bertanggungjawab sepenuhnya. Saya yang mengumpulkan pasukan ini kerana saya rasakan inilah barisan terbaik kami tetapi ia tidak berlaku.
"Saya juga kecewa dengan diri saya untuk memulakan perlawanan seperti ini. Saya rasakan awal perlawanan persembahan kami amat buruk tetapi ia bukanlah untuk sepanjang aksi.
"Kami sedar mereka bermain dengan pertahanan yang agak ke atas , jadi kami berasakan perlu untuk menutup ruang hantaran.
"Kemudian, bahagian berlakang kami perlu bertahan tetapi jika salah satu daripadanya tidak berlaku, inilah yang anda terima.
"Sewaktu perlawanan, saya juga cuba untuk katakan yang pertahanan tengah kami patut lebih laju ke belakang. Masalah komunikasi juga satu lagi perkara buruk, terutama pada awal permainan," katanya.
Muzaffar Musa
Wed Jun 26 2024
Pemain pertahanan Selangor curi perhatian FIFA
Pertahanan Selangor, Umar Eshmurodov, menjadi tumpuan laman Persekutuan Bola Sepak Antarbangsa (FIFA) selepas aksi cemerlangnya bersama skuad Uzbekistan dalam kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
Liga Super: Saya dapat tawaran lain di Jepun, tapi pilih pulang Malaysia -- Hadi Fayyadh
Pemain PDRM, Hadi Fayadh, berkongsikan kisah mengenai apa yang mendorongnya untuk kembali ke Malaysia selepas mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) di Jepun.
EPL: Misi Ruben Amorim serlah identiti baru Manchester United
Ketua jurulatih Manchester United, Ruben Amorim, menegaskan bahawa dia perlu meraih kemenangan untuk membentuk identiti tersendiri bersama kelab itu.
JDT ucap terima kasih lepaskan Arif Aiman, Matt Davies, Feroz Baharudin
Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Alistair Edwards, mengucapkan terima kasih buat Harimau Malaya susulan memberikan pelepasan awal buat Arif Aiman Hanapi, Feroz Baharudin dan Matt Davies yang terlibat dalam perancangan di pentas Liga Juara-Juara AFC Elite (ACLE).
Persahabatan antarabangsa: Rekod seimbang pertemuan Malaysia lawan India
Menjelang aksi persahabatan antarabangsa tier 1 di antara skuad negara dan India di Hydrabad pada Isnin ini, rekod kedua-dua pasukan berkenaan dilihat seimbang dengan Malaysia memenangi perlawanan terakhir sesama mereka.
Messi tidak puas hati pengadil 'takut' buat keputusan
Apa yang menjadi permulaan yang cukup ideal buat Lionel Messi dan Argentina dalam aksi kelayakan Piala Duia 2026 bertukar kepada perlawanan yang perlu dilupakan.
Tifo Indonesia pernah bedal Jepun 7-0 di Gelora Bung Karno curi tumpuan
Tifo gergasi dimana Indonesia pernah membenam Jepun 7-0 pada tahun 1968 sebelum bermula perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026 antara dua negara itu di Stadium Gelora Bung Karno mencuri tumpuan.
Kelayakan Piala Dunia 2026: Gelora Bung Karno jadi saksi ego Indonesia tumbang di tangan Jepun
Kuasa besar bola sepak Asia, Jepun, membelasah Indonesia 4-0 dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.
Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024: Skuad B-23 tidak wajar jadi taruhan -- Ong Kim Swee
Bekas jurulatih kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee, tidak bersetuju andai pendekatan dengan mengutamakan pemain B-23 tahun sebagai pertaruhan di pentas Piala ASEAN. Malah, keadaan itu akan merumitkan lagi hasrat untuk melihat Malaysia mengulangi kejayaan pada 2010 ketika Malaysia dibimbing Datuk K. Rajagobal. Namun, hakikat yang terpaksa di telan, k
Zhafri Yahya beri gambaran sedia pikul tugas arkitek Harimau Malaya -- Pemerhati Sukan
Bekas pemain kebangsaan, Asmawi Bakiri, menyifatkan kemenangan 3-1 skuad negara ke atas Laos sememangnya wajar berlaku.
Lukaku among five withdrawals from Belgium squad
Lukaku withdraws from Belgium squad
Kane club versus country comments 'just a reminder' to England withdrawals
Kane giving England a reminder
McIlroy aiming to end 2024 on a high after taking share of Dubai lead
McIlroy targets big end to season
Donnarumma: France can still hurt Italy without Mbappe
Donnarumma: France still a threat
ATP Finals: Fritz stuns Zverev to reach year-end showpiece match
ATP Finals: Fritz downs Zverev
Nadal 'couldn't ask for more' ahead of final career event
Nadal 'couldn't ask for more'
Tottenham 0-3 Arsenal: Gunners stay unbeaten under Slegers with derby rout
Report: Tottenham 0-3 Arsenal
'It will happen in a year, two years' - Ronaldo hints at retirement date
Ronaldo drops retirement hit
Bulls croak as Cavs celebrate 14-0 start with new frog mascot
Unbeaten Cavs get new frog mascot
McIlroy shares Dubai lead with Rozner, Hojgaard after three rounds
McIlroy in three-way tie for lead