Selepas empat kejohanan Jelajah Toyota berlangsung dengan jayanya bermula Februari lalu, syarikat terkemuka itu meraikan pengamal media dalam satu majlis di Wet Deck, Kuala Lumpur, semalam.

Galvin Green kini muncul pendahulu keseluruhan bagi saingan lelaki sementara Aretha Pan bagi saingan wanita dengan hadiah kemenangan berjumlah RM210,000 dalam setiap pusingan.

Saingan seterusnya pusingan kelima, Piala Fortuner, pula bakal berlangsung di Sibu Golf Club, Sarawak dari 25 hingga 27 Jun depan.