Marcus Lim muncul pendahulu pusingan kedua Kejohanan Golf Jelajah Toyota: Piala Alphard apabila berjaya mencatatkan 67 pukulan lima di bawah par meninggalkan Hui Yong Sherng.

Ben Leong terlebih dahulu memimpin permainan tersebut, namun terpaksa akur dengan kesilapan double bogey yang dilakukan membenarkan kedudukannya dipintas Marcus pada saat akhir.

Dalam pada itu, Daeng Rahman mengakui banyak melakukan kesilapan yang menghukum dirinya terpaksa berada di kedudukan ke-40 menerusi catatan 75 pukulan di atas par.




Keadaan padang basah tidak menjadi alasan prestasinya merudum sebaliknya tidak berputus asa untuk bangkit di pusingan ketiga, sekali gus memperbaiki kedudukan.

"Secara jujurnya memang tidak puas hati dua hari ini kerana permainan saya tidak seperti kebiasaan.