Pemain negara, Mirabel Ting dan Olimpian, Ashley Lau, mempamerkan kualiti permainan golf seiring barisan pemain ternama dunia dalam pusingan ketiga Kejuaraan Maybank 2024 di Kuala Lumpur Golf and Country Club hari ini.

Pemain berstatus amatur, Mirabel Ting, melakukan lapan pukulan di bawah 64 untuk bertindak sebagai pemain terbaik bersama wakil Thailand, Jeeno Thitikul, untuk mendahului saingan.

Selepas melakukan tiga pukulan lebih 75 Mirabel yang yang berusia 18 tahun menampilkan pukulan cukup berkualiti apabila melakukan lapan birdie untuk merekodkan secara keseluruhan 10 di bawah 206.

"Saya melakukan yang cemerlang di setiap aspek dan berjaya memperoleh catatan yang cukup baik hari ini,” katanya menerusi Nadi Weekend.

Sementara itu, Ashley meneruskan momentum dengan melakukan enam pukulan di bawah 66.