Jerman mendominasi perlawanan separuh masa pertama serta memaksa benteng pertahanan Denmark berkerja keras dengan sekurang-kurangnya lima percubaan tepat yang merbahaya.

Sepakan kencang Joshua Kimmich dari luar kotak penalti pada minit keenam berjaya diselamatkan Kasper Schmeichel untuk menafikan jaringan pertama Jerman.





Ketika kedua-dua pasukan masih buntu mencari jaringan pertama, pengadil perlawanan terpaksa menghentikan aksi pada minit ke-35 seketika ekoran kilat dan cuaca hujan lebat.




Peluang terbaik Denmark hadir pada minit terakhir separuh masa pertama menerusi Hojlund tetapi gagal menembusi penjaga gawang Bayern Munich, Manuel Neuer.

Kasper Schmeichel menjadi watak penting buat skuad Denmark apabila menyelamatkan gawang pasukannya untuk keputusan kekal 0-0 dalam separuh masa pertama.