Penang terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata selepas diikat Perak 3-3 dalam saingan minggu ke-18 Liga Super 2024/25 di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.
Pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan selepas 12 minit bermulanya separuh masa pertama menerusi Dylan Wenzel-Halls yang mudah memperdayakan Haziq Nadzli untuk mendahului 1-0.
Selang empat minit kemudian, Dylan Wenzel sekali lagi membuktikan kredibilitinya sebagai pemegang jersi nombor tujuh untuk meletakkan skuad Harimau Kumbang dengan kelebihan dua jaringan di Stadium Majlis Bandaraya.
Begitupun, Perak berjaya merapatkan jurang kedudukan pada minit ke-21 apabila rembatan kencang Luciano Guaycochea menerjah gawang untuk kedudukan berubah 2-1.
Namun, kesilapan pemain Perak yang gagal membuang bola dengan kemas memberikan pasukan tuan rumah kelebihan untuk mengambil kesempatan dengan Dylan Wenzel melengkapkan hatrik jaringannya untuk menewaskan Haziq Nadzli sekali lagi dan menutup babak pertama dengan mendahului 3-1.
Siri serangan yang dirancang Bos Gaurus. dalam babak kedua membuahkan hasil selepas dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-61 yang disempurnakan Clayton Da Silva, dan selang lima minit kemudian giliran Adilet Kanybekov pula menjaringkan gol penyamaan untuk mengikat Penang 3-3.
Beberapa serangan balas yang dirancang anak buah Yusri Che Lah ke kubu pertahanan Penang tidak berjaya membuahkan hasil untuk kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati berkosngsi satu mata selepas terikat 3-3.
Perkongsian mata itu menyaksikan Perak kini menduduki tangga kelapan dengan 19 mata, manakala Penang di kedudukan ke-11 dengan 15 mata.
Saufi Tahir
Sun Jan 12 2025
Liga Super: Bos Gaurus bangkit rantai Harimau Kumbang di Stadium Bandaraya
Penang terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata selepas diikat Perak 3-3 dalam saingan minggu ke-18 Liga Super 2024/25 di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.
TERKINI: FAM terima tambahan RM15 juta buat pembangunan bola sepak negara
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan peningkatan peruntukan RM15 juta pembangunan bola sepak kepada RM30 juta khusus untuk pembangunan bola sepak negara.
Liga Super: Corbin Ong anggap semangat juang tinggi pacu kemenangan JDT
Pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Corbin Ong, mengakui gembira dapat membantu pasukannya mengatasi Sabah sekaligus mencatatkan rekod bersih tanpa tewas dalam kempen Liga Super 2024/25 setakat ini.
EPL: Bekas jurulatih Manchester United ke Everton
Setelah 11 tahun setengah meninggalkan Goodison Park, David Moyes kini kembali untuk membantu Everton bagi menghadapi baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Liga Super: JDT bantai Sabah di Stadium Sultan Ibrahim
Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berdepan masalah menumbangkan Sabah 4-0 dalam saingan minggu ke-18 Liga Super 2024/25 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
Tiada pemain dari England -- TMJ
Majoriti pemain warisan baharu skuad negara bukan calang-calang dan ketika ini sedang beraksi di liga teratas Eropah.
Liga Super: Kuching City tunjuk kehebatan benam PDRM di Selayang
Kuching City berhasil menduduki tangga kelima Liga Super Malaysia selepas membawa pulang tiga mata penuh menewaskan PDRM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, petang tadi.
Senang salahkan FAM, kelab kena bertanggungjawab -- TMJ
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, menegaskan pembangunan bola sepak akar umbi haruslah menjadi tanggungjawab setiap kelab bagi memastikan kelancaran pemain tempatan semakin meningkat.
Bundesliga: Hanya satu mata memisahkan kedudukan Leverkusen, Bayern Munich
Kemenangan 3-2 Bayern Leverkusen ke atas Borussia Dortmund terus merapatkan jurang antara mereka dan pendahulu liga, Bayern Munich.
Abdulkodir Khusanov jadi pemain Uzbekistan pertama beraksi di EPL
Manchester City telah mendapatkan khidmat pemain kebangsaan Uzbekistan, Abdukodir Khusanov.
Amorim sees signs of progress in Man Utd's FA Cup win over Arsenal
Ruben Amorim capped an encouraging week for Manchester United with a win over Arsenal in the FA Cup after a difficult start to his tenure.
Simeone warns Atletico to stay humble after extending winning run
Simeone: Atletico must stay humble
Ancelotti fumes after Madrid 'did not play football' in Supercopa thrashing
Ancelotti fumes at Supercopa loss
Paris Saint-Germain 2-1 Saint-Etienne: Dembele double does the damage
Report: PSG 2-1 Saint-Etienne
Napoli 2-0 Hellas Verona: Serie A leaders move four points clear
Report: Napoli 2-0 Hellas Verona
Real Madrid 2-5 Barcelona: Flick's side win 15th Supercopa title in Clasico thriller
Report: Real Madrid 2-5 Barcelona
Inzaghi lauds Inter resilience after overcoming Supercoppa Italiana defeat
Inzaghi lauds Inter resilience
'Incredible' Arsenal deserved more in Man Utd FA Cup defeat, says Arteta
Arteta: We deserved more
Fernandes salutes 'top class' Bayindir after penalty heroics
Fernandes hails top class Bayindir
Van Nistelrooy handed Old Trafford return in FA Cup fourth round
Van Nistelrooy back at Old Trafford